followers

Khamis, 30 Disember 2010

SelaMat Tahun Baru 2011~








Jauh akan ku tempuh,

Terus meninggalkan tapak-tapak episod lama,

telah ku gulung tikar semalam,

lalu ku bentangkan sejadah hari esok,

yang bakal membuka permulaan baru,

biarlah yang lalu berlalu,

biarkan yang baru memburu,

terus memburu cita-cita,

demi mencari redha pencipta,

biarlah yang lalu tersusun rapi di rak kenangan,

biarkan yang baru menelaah kamus kehidupan,

ku cari, terus mencari,

mencari kehidupan untuk hari esok,

ku lari, terus berlari,

meninggalkan kisah silam semalam,

biarkan yang lalu ternoktah di penjuru epilog lama,

biarkan yang baru menulis muqaddimahnya dengan bismillah.



~by JibRIeL~

~

Isnin, 20 Disember 2010

ALLAH senTiasa MeNcinTai KiTa~



Pernahkah kita berfikir bahawa sebenarnya Allah mencintai kita? Pertanyaan sederhana ini jarang terlintas dalam hati kita. Rutin kerja sehari-hari yang selalu padat dengan berbagai acara, sering melupakan kita untuk berfikir ke sana. Hidup yang kita jalani dengan kesibukan rutin setiap hari seakan memberikan pada kita pola hidup yang sudah berlalu begitu saja.

Bahawasanya ada sebentuk kurnia yang dihamparkan Allah kepada seluruh makhluknya tanpa membezakan kedudukan keimanannya. Inilah sifat Ar-Rahmaan Allah. Dengan sifat Rahman seluruh makhluk mendapatkan kurniaanNya. Termasuk kepada manusia, apakah mereka itu mahu beriman dan tha'at (taat) kepada aturan Allah (al-Islam), atau mereka yang kafir dan berpaling dari al-Islam, semua diberi kurnia oleh Allah dengan rezeki, harta-benda, anak, kesihatan, dan lain-lain. Bahkan tidak menutup kemungkinan orang kafir akan mendapatkan dunianya lebih banyak daripada orang yang beriman. Ini berjalan sesuai dengan sunnatullah, bergantung usaha masing-masing.



Selanjutnya ada bentuk cinta lain yang khusus diberikan kepada hamba yang beriman saja iaitu sifat Ar-Rahiim. Dengan sifat Rahiim-Nya, hanya orang yang beriman dan taat sajalah yang dicintai Allah dan di akhirat kelak diberi jannah. Sedang orang yang tidak mau Islam, mereka tergolong orang-orang kafir atau musyrik yang akan tinggal di naar (neraka) dalam keadaan hina.



Dengan demikian kita tidak perlu khuatir kekurangan rezeki. Selagi kita mahu berusaha yakinlah bahawa Allah akan memberikan kurniaanNYa. Allah yang memberi hidup, Dia jugalah yang memberi kemampuan untuk melangsungkan kehidupannya. Binatang saja dijamin rezekinya, apalagi manusia yang diberi akal dan fikiran.





Perhatikan firman Allah dalam surah Hud ayat 6, yang ertinya:
"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz)."



Yang harus kita khuatir kalau al-Islam sampai terlepas dari kita. Bererti kita tidak mendapatkan RahimNya, tidak termasuk orang yang dicintai Allah. Na'udzubillahi min dzalik. Perhatikan hadits berikut:
Dari Abdullah bin Mas'ud berkata, bersabda Rasulullah SAW (ertinya):


"Sesungguhnya Allah membagi di antara kalian akan akhlak kalian sebagaimana membagi diantara kalian akan rizqi kalian. Maka sesungguhnya Allah Yang Maha Gagah dan Maha Tinggi memberikan dunia kepada orang yang Dia cintai dan tidak Dia cintai, akan tetapi Dia tidak memberikan agama ini (al-Islam), kecuali kepada orang yang Dia cintai. Maka barang siapa yang Allah berikan padanya agama maka sungguh Allah mencintainya."


Allah tunjukkan kecintaannya kepada kita dengan:

1. diberi iman dalam hati kita kepada Allah dan Rasul-Nya


2. diyakinkannya kita pada kebenaran Al Qur'an


3. diberi petunjuk kepada kita memilih Al Islam sebagai diin (way of life).




Jelas bagi kita bahawa orang yang dicintai Allah bukankah dia yang diberi harta kekayaan, anak cucu yang banyak, jabatan yang tinggi, akan tetapi yang diberikan kefahaman kepada al-Islam, dan tentunya diberikan kemahuan serta kemampuan untuk menjalankannya. Oleh keranaNya, mari kita mantapkan kembali ikrar kita:





"Rodhitu billahi robba wa bil Islaami diina wa bi Muhammadin Nabiyyau wa rasuula."


(Aku redha Allah Rabb-ku dan Islam jalan hidupku dan Muhammad Nabi dan RasulNya)

Sabtu, 18 Disember 2010

13 TIPS ERAT PERSAHABATAN





1. KESABARAN
 
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
 
Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu aka selesai & jgn meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
 
Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
 
Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah tentu org lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
 
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
 
Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
 
Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmua menyinggung perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
 
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
 
Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
 
Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu ama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?

11. AMBIL BERAT
 
Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG
 
Jauh di mata, dekat di hati. W/pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH
 
Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih sling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula.








Pesanan Buat Remaja Islam~



Usia tahun ini sudah mencecah 15, 18, 20, atau 25 tahun. Usia remaja setahun jagung ini menandakan tempoh permulaan buat semua pejuang-pejuang agama bagi mematangkan fikiran supaya Islam tidak layak dipijak dan dihina oleh Yahudi dan Nasrani.Takbir ! Maka, tibalah tahap yang amat mencabar, di mana di sinilah permulaannya, iman kita akan dibentuk dengan akidah dan akhlak digauli dengan ramuan ibadah beserta bi'ah yang solehah.

Wahai remaja ,
bukan ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan sesuai.Asyik diifikirkan, difikirkan dan difikirkan lagi. Waktu ini syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada anugerah kecantikan dan kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu menyuruh kita supaya melakukan sesuatu perkara yang membolehkan kita mendapat perhatian dan pujian.Terampil mengoda bergaya!

Sedang Yusuf yang digoda oleh Zulaikha yang menggoda pun tidak langsung tertarik hatinya untuk melakukan zina. Inikan kita yang bertaraf hamba yang hina. Rata-rata melakukan ibadah untuk mengharapkan pujian dan perhatian, mahu dianggap baik, sopan dan soleh, bukan mengharapkan pahala dan perhatian Tuhan. Rata-rata melakukan kebaikan supaya dipandang bagus bukannya mencari redha Allah.


Syaitan dan Nafsu bergembira atas tindakan kita yang mengacau puteri-puteri islam yang manis dan mengurat putera-putera islam yang segak. Syaitan dan Nafsu juga tentu sedang bergembira atas kejayaan mereka menyelimuti kita supaya tidak bangun menunaikan solat Subuh berjemaah apatahlag bangun bertahajud di hamparan sejadah Qiamulail. Syaitan dan Nafsu juga amat gembira apabila melihat Rumah Allah dibunyikan di dalamnya rancak nada dering telefon bimbit, umpatan-umpatan serta perkataan-perkataan komunikasi yang merugikan masa dan membuang erti kata sebenar iktikaf .

Wahai remaja ,
kita mesti menyedari bahawasanya kita sebenarnya sedang menempuh lautan yang berombak dan bergelora saat ini. Sudah tiba masanya untuk menaikkan layar supaya kita tidak tenggelam hanyut dibawa oleh fitnah dunia. Sudah tiba masanya untuk berlayar lebih jauh dengan kapal TAKWA dan layar IMAN untuk mencari pelabuhan REDHA (Mardhatillah). Sudah tiba masanya merebut dan menjala ikan-ikan PAHALA bukannya merelakan diri ditelan dengan jerung DOSA dan badai NERAKA. Sedarkah kita ?

Adakah 'buaya-friend' dan 'gila-friend' wajib menjadi sesuatu yang dominan dalam kehidupan setiap yang bergelar remaja ? Bagaimana dengan status remaja islam ? Sememangnya wajib memilikinya seorang sat atau maksimun 4 atau bersilih ganti ? atau status mencari pengalaman di alam remaja ? Jawapannya sudah tentu sekali TIDAK !

Mengapa ? Salahkah bercinta ? Cuma setakat hendak berkenalan dengan lebih intim ? Bukannya sampai berpegangan tangan ataupun bercium-ciuman pun ? Kita dah besarlah, bukan budak-budak , semuanya BOLEH !


Bukan begitu wahai remaja,
Islam tidak menghalang benih-benih cinta ditanam di setiap hati insan bergelar muslim. Namun sekarang kita adalah MASIH REMAJA. Amanah yang diberikan bukannya disuruh menghampiri zina. Tetapi berusaha, belajar, berdakwah dan beribadah sehingga berjaya. Fokus matlamat kehidupan sebenar di alam akhirat nanti. Kenapa mengizinkan diri terus hanyut dalam noda dunia yang penuh sengketa dan pura-pura ?

Masanya sudah tiba, ayuh kita bangkit wahai remaja-remaja islam, kita berjuang sehingga Masjidil Aqsa dibebaskan. Kita berjuang sehingga fitnah Dajjal dapat kita tewaskan. Kita memerdekakan jiwa kita yang dibelenggu musuh nyata. Kita melawan hawa nafsu dengan penuh kesabaran, hingga dapat menjadi penghuni syurga yang penuh dengan kenikmatan. Janji Allah itu pasti !

Bukannya kita perlu mencari publisiti murahan. Dengan mengacau dan mengorat makhluk comel dan kacak ciptaan Tuhan. Menjaja perasaan indah gelora Uda dan Dara. Bukannya dengan meninggalkan sunnah yang nabi wariskan. Bukan dengan membiarkan alasan murahan terus menghasut ; diri masih belum dapat hidayah, diri tidak bersedia ataupun sebenarnya diri MALAS melakukannya. Bukan dengan mengambil remeh dan memandang enteng kepada ibadat dan amalan yang dilakukan.
Bukan dengan meninggalkan Al-Quran, Kitab suci yang dipelihara kesucian zaman-berzaman.Acuh tidak acuh mentaati Tuhan ? Macamlah yakin dan pasti sangat dapat ke syurga seperti Saidina Uthman bin Affan !

Wahai remaja,
kita seringkali mengeluh dan marah apabila kita diaibkan di khalayak ramai. Tidakkah kita terfikir, kita sedang dan akan malu mengaibkan diri sendiri di depan Allah dan di tepi malaikat. Ayuh celiklah, sedarlah dan bangunlah memperjuangkan Islam. Teruskan perjuangan sehingga nyawa bercerai dengan badan.


Carilah ilmu dan perangi godaan hawa nafsu.
Kata mahu Islam maju tetapi masih malas baca buku !

Wahai remaja,
Ini bukan hanya peringatan. Ambil jadikan pedoman. Jadilah remaja cemerlang yang beriman. Bukan sampah masyarakat yang tidur di laluan najis buangan.

 
Ayuh berjuang demi maruah remaja ISLAM dan generasi MUSLIM sedunia !

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan menyembah Syaitan! Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.Dan(Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka)maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf ? " Yaasin : 60-62

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang~




 
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang?
Apa kata kita renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran al-Quran:
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]


Dipetik daripada: iluvislam.com

Jumaat, 17 Disember 2010

Cinta~


Sesungguhnya, terdapat 3 peringkat cinta di dalam Islam sebagaimana dalam surah at-Taubah, ayat 24.


1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.


2) CINTA PERTENGAHAN: cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.


3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.


..............................


Mana satukah pilihan cinta kita??? cinta pertama atau kedua atau ketiga??


Syeikh Yusri: "Sekiranya kamu diberi pilihan oleh Allah untuk membuat pilihan sendiri. Katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku memilih apa yang Engkau pilihkan untukku, supaya aku bersama dengan apa yang Engkau cintai dan Engkau redhai". Begitu besarnya pengharapan dan tawakkal mereka pada Allah. Kita pula bagaimana?? Teringat kata-kata Ustazah Fatimah Syarha sewaktu beliau datang ke UIA: "orang yang mabuk bercouple ni tidak percaya akan qada' qadar Allah".


Benarkah?? Jadi, jawapannya ada pada kata-kata Datuk Hasan Din Al Hafiz dalam al kuliyyah: "Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dan diri kita sendiri dahulu perlu menjadi baik. Dalam bulan Islam sendiri ada waktu mustajab doa yang dapat mengubah takdir hidup kita, contohnya waktu lailatul qadar, malam nisfu sya'ban dan waktu2 mustajab doa yang lain. Percayalah pada qada' qadar Allah. Dia yang telah menciptakan kita dan Dia LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT KITA". Jadi, kiranya tak perlulah untuk kita mencari cinta kerana semuanya telah Allah tetapkan?? Cinta akan datang sendiri? Boleh percaya ke??? Nanti jadi bujang terlajak pula?. Bagaimana ni??


Saya tak puas hati bila tidak dapat mencari jawapan bagi soalan killer di atas. Lalu, saya bertanyakan seorang ustaz tentang soalan tadi. "Adakah kita tidak perlu mencari cinta??" Lalu, dengan berhikmah, ustaz tu menjawab: "Ramai yang sibuk mencari cinta untuk baitul muslim, tapi tahap pertama iaitu fardul muslim pun masih belum sempurna lagi. Kalau tapak tak kukuh, bagaimana agaknya binaan itu akan teguh??. Saya terdiam sambil merenung jauh kata- kata ustaz tersebut. Jika solat pun sering sahaja kita lengahkan, solat subuh selalu lewat, rasa malas nak buat sesuatu kerja, sikap ammarah pun belum mampu kita kawal, bagaimana agaknya kita nak fikir tentang tahap kedua matlamat umum tarbiyyah (baitul muslim) itu?".


Waktu sekarang, fokus utk belajar dan tambah ilmu dulu.Hal yang patut fikir kemudian, fikirlah kemudian. JIKA KITA NAK PAKSA ANAK AYAM MENETAS SEBELUM TIBA WAKTU SEBENARNYA UNTUK MENETAS, IA TAKKAN MENJADI ANAK AYAM YANG NORMAL. Pentingkan yang terpenting dahulu, ikut kesesuaian masa. Islam tidak mengajar umatnya sikap gopoh dan terburu- buru


Lalu ustaz tu bertanya lagi, kenapa nti tanya soalan begini? dah bersedia untuk tahap kedua ke? Masya Allah, sungguh malu dengan ustaz waktu itu. Jawabku dengan jujur, "bukanlah ustaz. saya hanya mencari jawapan yang boleh saya jadikan sebagai panduan, sebab sebelum ni ada seorang sahabat datang bertanya, cinta tu kan fitrah, jadi semua orang pasti akan rasa minat pada golongan yang berlainan jantina dengan kita. Kalau x, pasti ia bukan manusia normal. Jadi, saya tidak tahu apakah jawapan terbaik untuk melegakan dan meyakinkan hati saya dan sahabat itu". Ustaz itu hanya tersenyum sambil bibirnya terus laju menuturkan mutiara hikmah:"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Contohnya, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa.


Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sebagaimana firman Allah dalam surah al Isra' ayat 32: Jangan kamu dekati zina'."Ulama' menafsirkan ayat wala taqrobuzzina ini akan terjadi melalui dengan 7 cara:

1) Nazoro (memandang) - Oleh sebab itu, Allah menyarankan agar lelaki dan perempuan beriman agar menjaga pandangan kerana demikian itu lebih suci bagi mereka (An Nur: ayat 30-31)


2) Ibtasama (senyum) - senyum itu ibadah, tapi hati-hati kerana ia dapat menjadi fitnah jika disalah gunakan


3) Salaam (mengutuskan salam)


4) Kalam (bercakap)


5) Irsaalun (mengutuskan surat/ message/ chat)


6) Liqo' (dating tanpa mahram bersama)


7) Fa waqo'a (maka zina akan berlaku kerana apabila sepasang lelaki dan perempuan berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang ketiga).


Jadi,bagi pasangan yang belum halal statusnya, anda berada di tahap mana? Rasanya sudah ramai yang berada di tahap keenam. DATING.. Fikir-fikirkanlah, cuma tinggal beberapa tahap sahaja lagi untuk anda sampai ke tahap kemuncak yang mana ia adalah dosa besar di sisi Islam. Ingat, syaitan itu licik. Nabi Adam pun boleh terpengaruh dengan pujuk rayu iblis agar memakan buah larangan Allah di syurga, bagaimana agaknya kita???

...............................


Sedarlah sahabat,
Islam itu agama syumul.
Islam bukanlah mengharamkan cinta, tapi ia memuliakan cinta.
Islam tidak mengongkong umatnya, tapi ia menjaga umatnya,
Agar kita semua terselamat daripada cinta dusta,

Namun,
Malang sekali nasib umat Islam kini,
Batasan pergaulan tidak dijaga,
Pasangan dating tidak malu menayangkan dosa,
Kes zina pula makin berleluasa

Tapi ingat !!!
Sunnatullah telah menetapkan,
Mungkar dibalas dengan azab,
Masih ingatkah kisah kaum Nabi terdahlu?
Apakah kita mahu seperti mereka?
Diseksa keras di dunia,
Dikeji Allah dalam kalamNYA,
Di akhirat pula diazab di neraka.
Ya Allah, dahsyatnya azabMU

Jadi ayuhlah sahabat,
Kita bangkit dari kejahilan diri,
Usah malu untuk berubah,
Usah bertangguh untuk bertaubat,
Semuanya berada di tangan kita,
Syurga atau neraka, mana satu pilihan kita??



..................................


Jadi, andai sekarang kita sudah bergelumang dengan cinta lelaki, mujahadahlah. Jangan sesekali kita mengotorkan kesucian fitrah ini dengan maksiat hati yang dapat mengeraskan hati kita daripada melihat kebenaran, sebagaimana kata Imam Ghazali: 3 perkara yg dapat mengelapkan hati ialah:


1) Banyak berdebat dengan orang jahil.


2) Banyak bergaul dengan ajnabi.


3) Banyak bergaul dengan orang mati iaitu orang yg tidak mengikuti majlis ilmu selama 40 hari. Imam Ghazali dengan sinis berkata, sila sembahyangkan jenazah pada orang yang mengasingkan diri dari majlis ilmu selama 40 hari kerana sesengguhnya, tiada guna lagi hidupnya kerana hatinya (raja segala anggota) telah mati. Sungguh tajam kata2 imam hebat ini.


Maka,apabila hatimu keras, bukalah Al Quran, bacalah dan tadabburlah maknanya, namun jika hatimu masih keras juga, dirikanlah solat. Sesungguhnya, solat itu zikir penyucian jiwa. Namun, jika masih keras jua, bangunlah waktu dinihari. Berwudhu' dan berdoalah, pintalah pada TuhanMu agar dikurniakan hati yang lain.


Sempena Ma'al Hijrah 1432H ini, ayuhlah kita mulakan langkah baru menuju husnul khatimah. Tinggalkan segala kemungkaran, ingatlah pada Allah sentiasa. IHFAZILLAH YAHFAZKA, IHFAZILLAH TAJIDHU TIJAAHAK. (jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Allah sentiasa di sisimu). Bagaimana cara menjaga Allah?? Jagalah diri kita dari melakukan kemaksiatan padaNYA. Bila diri terasa ingin membuat dosa, segeralah istighfar,


Baca a'uzubillah, ayat kursi, 3 qul, ambil wudhu', dan dekatkan diri dengan teman yang baik. MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS.


IHFAZILLAH YAHFAZKA, IHFAZILLAH TAJIDHU TIJAAHAK


"SESUNGGUHNYA, WANITA MUKMINAT LEBIH CANTIK DARIPADA BIDADARI SYURGA"
syukran sahabat~

Sabtu, 11 Disember 2010

PaBiLa SaSterA MemBonGKaR InsKripSi HaTi









Dingin kenyamanan malam begitu menyapa tubuhku. Sang Cengkerik di celah rerumput riang memelodikan gita gemersik. Gersang, gelap malam yang hanya bercahayakan terang bintang dan pantulan cahaya bulan. Sesekali terdengar pekikan Sang Kelawar dari lembah gelita. Awan hitam yang mengembara tanpa jemu di angkasa  terkadang menutupi Sang Rembulan yang memantulkan cahaya suria. Tika ini entah mengapa monolog-monolog nostalgia mula bercerita dalam ketenangan tasik minda. Ia muncul persis nuriah nova yang bersinar terang namun pudar samar beberapa ketika.





Tidak dapat ku nafikan hati telah dibaluti kawat rindu berduri. Lubuk jiwa telah dikontaminasi suasana dunia fana di sekitar permandangan indahnya. Rasa kasih kian kencang menerobos pagar sabar, terus berlegar-legar di koridor kalbu. Mengapa semua ini harus berlaku padaku? Adakah kerana angin bertiup syahdu membisik sanubari agar merindu pada bingkisan kabaran nakhoda cinta yang masih tersadai di samudera rasa? Ataukah mungkin hanya lintasan ilustrasi imaginasi bayangan ilusi semata? Sedangkan epidermis sukma juga tidak mampu menangkis hadirnya arca rasa melintas gerbang jiwa.






  Lalu.... inspirasi menggerak hati mengaspirasikan penulisan puisi berasosiasi asmaraloka dengan realiti nyata manusia. Kerana aku memang tidak bisa melenyap segenap perasaan yang meresap jauh ke teras nubari dan terus membiar ia bergantung harap. Justeru hadir inskripsi hati bagi  membongkar dalam bentuk Puisi. Puisi bukanlah propaganda yang memujuk minda agar ternoda kepada madah. Puisi juga bukanlah untuk dideklamasi Protagonis Puitis kepura-puraan di pentas drama. Puisi merupakan satu konklusi luahan ukiran hati insani yang di ungkap keluar dari tingkap ketulusan sanubari~.




Sabtu, 4 Disember 2010

JiKa MereKa MenyeDaRi~







Indahnya jika ,
Kita bisa merasa,
Cinta luar biasa,
Dari yang Esa,



Alangkah indahnya jika,
Kita dapat menghidu ,
betapa rindu,
Rasulullah pada ummatnya.




Betapa indahnya jika,
manusia memahami,
bahawa dunia hanya sementara,
biarkan lara nestapa di dunia,
asalkan gembira bahagia di Syurga.









Andai manusia mengetahui,
betapa besar nikmat Syurgawi,
tidak akan mereka peduli,
apa yang ada di dunia ini.









Andai manusia menyedari,
betapa sengsara seksa neraka,
tidak akan mereka derhaka,
menangis mereka mengenang murka-Nya,
menghukum leka.




 Andai manusia mengerti,
bahawa mati itu pasti,
Malaikat Maut sentiasa memerhati,
andai mu yang sedang di nanti.




Ingatlah wahai Ummat Muhammad,
Jika mahukan selamat Akhirat,
Dunia sesaat jangan maksiat,
Ia hanya melarat Mudhorat,
Leraikan hati yang terikat zulmat,
Mohonlah sekelumit pancaran Rahmat,
Agar kau peroleh berkat manfa'at.
Semoga RasulNya memberi Syafa'at


~

Khamis, 25 November 2010

SaTu PerJUaNgAn MeManTap KeiManAn~






Awalul Kamlimah bi Bismillahi rRahmani rRahim~ Wasolatuwassalam ala Saidina Muhammad,wa Ala Alihi Wasohbihi Ajmain....





Fajar menyingsing menandakan bermulanya jalan cerita baru dalam kehidupan setiap individu.
Hari ini ,aku bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya aku masih disini, masih dipinjamkan jiwaraga untuk aku terus menerus menempuh pancaroba dunia marcapada.Aku juga bersyukur kerana Dia telah mengurniakan aku wali yang senantiasa menjaga kebajikan ku. Tidak pernah meninggalkan ku walau saat ku lumpuh kesakitan,walau saat ku tidak mampu menempuh ranjau kehidupan yang penuh ombak rintangan.






Sekilas aku merenung kembali, kehidupan pada zaman perjuangan Rasulullah S.A.W. Amat jauh sekali jika mahu di bandingkan dengan kehidupan yang aku lalui tika ini. Para Shuhada' di dalam pahit getir ,rela bermatian,rela berpayahan demi melihat kebenaran Islam terpasak di paksi bumi. Aku seharusnya bersyukur kerana mempunyai sedikit kesedaran di dunia akhir zaman ini. Aku tidak perlu berperang sebagaimana para sahabat berjuang.Cukuplah sekadar berperang melawan nafsu, menjauhi segala kebatilan yang membawa ku ke lembah kejahilan, menjadi matlamat diriku sebagai ummat yang hampir dengan Hari Kiamat.







Aku dilahirkan Islam. Aku dizahirkan dengan status muslim oleh ibubapaku. Namun adakah sudah memadai dengan status itu sudah melambangkan aku seorang yang beriman? Aku memikirkannya kembali. Kesalahan demi kesalahan aku lakukan, penyesalan demi penyesalan aku rasakan. Mungkinkah kerana aku dilahirkan dalam kesenangan tanpa perlu bermandi darah menghadirkan diri dalam peperangan untuk menegakkan pegangan keimanan.






"Wahai Tuhanku, aku bukan para sahabat yang hidup di zaman baginda Muhammad, aku bukan pahlawan Badar dan Uhud. Aku bukan Para Soldadu yang berjuang di Medan Khandaq. Namun aku mohon supaya sedikit keberanian mereka dicebisi untuk diresapkan ke dalam nubariku. Tuhan, aku benar-benar mahu bewrjuang untuk membangunkan diriku yang daif ini."  



Ahad, 21 November 2010

PaBiLa PeNa kU BerBiCaRa~





TatKaLa SenJa TiBa, AwaN BerTuKar WaRNa. MenYakSiKan SaTu FeNoMena YanG MemBeri kU MakSiMa MaKnA. Terus kU MeMeGanG PeNA, MenGuRai SeJuTa RenCaNa yAng TerBiNA TiKamAna paNCaInDerA MeNanGKap SeCeBiS PerManDanGan Al JaNna~




..
PerManDanGaN YanG BiSa MemBuAt ManuSia TerUs TerLenA Di DuniA FaNa.PerManDanGan YanG MenCeriTaKAn AkU SebAGai SeoRanG PerSoNa DuniA yaNg SeDanG MenunGGu KaLatiBa PriMaDoNa . Ku WarKahkAn CoReTan Ini SeBagAi SaRAna uNTuK aKu MelUah SeGeNap RasA yaNg KiaN meMPeSoNa MaTa PeNA.





MereNunG JauH aKu, LanTas TerMenUnG seKeTiKa meMiKiRKan CinTa PerDaNa PaDa YanG ESa. MenGgAmBarKan SeTiAp CipTAan NyA SeinDaH LuKiSan NuR ImAn YanG Di SuLAmKAn DenGAn KeSemPuRNaAn. MeNyINGKap SeJEnAk KeAGuNgAn Nya MenCiPTaKAn TaMaN FIRDaUsi YanG MenJaDi IdAmAN SeTIAp GeNeRasi MuKMin daLam PenCaRiAn DeSTiNasi  ImPiAn SeTiAp InSan~




Isnin, 8 November 2010

MeNgInTai CinTa KhALiFaH~




Jangan sesekali engkau memetik bintang cinta dari langit kegelapan,lalu engkau sematkan ia dalam hatimu yang majhul hakikat,kerana ia membawamu ke lubang zulmat. Jangan sesekali engkau menyeru kata rindu tanpa kefahaman dan melagukan mantera kasih tanpa tujuan, kerana ia menjadi taufan yang meruntuhkan tugu keperibadian yang sedia berdiri di atas tapak pekertimu. Cinta itu seperti titisan jernih air hujan yang perlu di tadah di dalam bekas suci,ditatap atas piring agama hingga memahamkan dirimu hakikat Tuhan. Ia perlu difahami dan diselami dengan satu erti seertinya.





Cinta itu satu misteri yang hanya mampu dibias oleh nur Ilahi. Hanya yang mengerti amanah khalifatullah akan mampu mengutip nur Ilahi dan menyelamatkan manusia dari kebutaan cinta nafsu. Dan seharusnya setiap lelaki,menanai pekerti al-Khalifah dan menatang cinta yang terkelarai dalam wadah kebenaran. Baharulah nur Ilahi akan menerangi setiap cebisan rindu,setiap keluhan resah,setiap sekelumit kasih yang menguyur dalam jiwa manusia. Mudah-mudahan segala sengsara duniawi yang terhasil dari mimpi-mimpi manusiawi akan mampu diusir jauh dari realiti.




Jika engkau benar-benar mahu bahagia ,intailah cinta yang tersembunyi dalam kamar al-Kkalifah. Jika bisa engkau rebut ia dengan kekuatan engkau,capailah semahu-mahunya. Mudah-mudahan resah yang engkau tanggung,pilu yang engkau usung,pedih yang menghurung, akan sirna dari lubuk kalbu lalu engkau peroleh damai abadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...