followers

Khamis, 25 November 2010

SaTu PerJUaNgAn MeManTap KeiManAn~






Awalul Kamlimah bi Bismillahi rRahmani rRahim~ Wasolatuwassalam ala Saidina Muhammad,wa Ala Alihi Wasohbihi Ajmain....





Fajar menyingsing menandakan bermulanya jalan cerita baru dalam kehidupan setiap individu.
Hari ini ,aku bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya aku masih disini, masih dipinjamkan jiwaraga untuk aku terus menerus menempuh pancaroba dunia marcapada.Aku juga bersyukur kerana Dia telah mengurniakan aku wali yang senantiasa menjaga kebajikan ku. Tidak pernah meninggalkan ku walau saat ku lumpuh kesakitan,walau saat ku tidak mampu menempuh ranjau kehidupan yang penuh ombak rintangan.






Sekilas aku merenung kembali, kehidupan pada zaman perjuangan Rasulullah S.A.W. Amat jauh sekali jika mahu di bandingkan dengan kehidupan yang aku lalui tika ini. Para Shuhada' di dalam pahit getir ,rela bermatian,rela berpayahan demi melihat kebenaran Islam terpasak di paksi bumi. Aku seharusnya bersyukur kerana mempunyai sedikit kesedaran di dunia akhir zaman ini. Aku tidak perlu berperang sebagaimana para sahabat berjuang.Cukuplah sekadar berperang melawan nafsu, menjauhi segala kebatilan yang membawa ku ke lembah kejahilan, menjadi matlamat diriku sebagai ummat yang hampir dengan Hari Kiamat.







Aku dilahirkan Islam. Aku dizahirkan dengan status muslim oleh ibubapaku. Namun adakah sudah memadai dengan status itu sudah melambangkan aku seorang yang beriman? Aku memikirkannya kembali. Kesalahan demi kesalahan aku lakukan, penyesalan demi penyesalan aku rasakan. Mungkinkah kerana aku dilahirkan dalam kesenangan tanpa perlu bermandi darah menghadirkan diri dalam peperangan untuk menegakkan pegangan keimanan.






"Wahai Tuhanku, aku bukan para sahabat yang hidup di zaman baginda Muhammad, aku bukan pahlawan Badar dan Uhud. Aku bukan Para Soldadu yang berjuang di Medan Khandaq. Namun aku mohon supaya sedikit keberanian mereka dicebisi untuk diresapkan ke dalam nubariku. Tuhan, aku benar-benar mahu bewrjuang untuk membangunkan diriku yang daif ini."  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...