followers

Sabtu, 4 Disember 2010

JiKa MereKa MenyeDaRi~







Indahnya jika ,
Kita bisa merasa,
Cinta luar biasa,
Dari yang Esa,



Alangkah indahnya jika,
Kita dapat menghidu ,
betapa rindu,
Rasulullah pada ummatnya.




Betapa indahnya jika,
manusia memahami,
bahawa dunia hanya sementara,
biarkan lara nestapa di dunia,
asalkan gembira bahagia di Syurga.









Andai manusia mengetahui,
betapa besar nikmat Syurgawi,
tidak akan mereka peduli,
apa yang ada di dunia ini.









Andai manusia menyedari,
betapa sengsara seksa neraka,
tidak akan mereka derhaka,
menangis mereka mengenang murka-Nya,
menghukum leka.




 Andai manusia mengerti,
bahawa mati itu pasti,
Malaikat Maut sentiasa memerhati,
andai mu yang sedang di nanti.




Ingatlah wahai Ummat Muhammad,
Jika mahukan selamat Akhirat,
Dunia sesaat jangan maksiat,
Ia hanya melarat Mudhorat,
Leraikan hati yang terikat zulmat,
Mohonlah sekelumit pancaran Rahmat,
Agar kau peroleh berkat manfa'at.
Semoga RasulNya memberi Syafa'at


~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...