followers

Isnin, 14 Februari 2011

SeDar SeOranG HamBa~



"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi.."-NaJLa
................................................................................................................................

Ku sedar diri ini tak sehebat Sulaiman, jadi tak perlu menunggu  yang secantik Balqis

Ku sedar diri ini tak setampan Yusuf, jadi tak usah mengharap yang setulus Zulaikha

Ku sedar diri ini tak seteguh Ibrahim,jadi mengapa perlu mengimpi  yang  sesetia Hajar

Ku sedar diri ini tak sekuat Adam, jadi mengapa  menanti pendamping seindah Hawa


Ku sedar diri ini tak seikhlas  Ali, jadi  tak layak bagiku yang setawadduk Fathima

Ku sedar diri ini tak sesempurna Rasulullah, jadi tak pantas bagiku yang sezuhud Khadijah

Ku sedar diri ini hanya hambaNya yang berkelana di dunia fana,

Kerana itu  cukuplah aku memilih hambaNya yang berjiwa taqwa. 
................................................................................................................................
yang di cari walau bukan sang puteri, biarlah Srikandi Islami,

yang di bimbing biarlah tiada paras, asalkan pandangan pada wajahnya menenangkan hati.

Yang memikat bukanlah pada sifat kesempurnaan,tetapi atas sempurnanya iman.

Yang di kira, bukanlah semangat menggunung, tetapi istiqamahnya bermujahadah

Yang di pimpin cukuplah Srikandi silam kelam, kerana diriku bukan rijal terbilang.

Yang dilamar bukanlah rupa mahupun hartanya,tetapi cintanya pada Pencipta.



Andai tidak kutemuinya di dunia,

Pasti ku nanti dia di Syurga,

Andai tiada takdir di dunia,

KuYakin di Jannah sentiasa ada,

Hanya satu mahu ku pesan pada pandampingku nanti

Yakinlah aku menjemputmu,

Walau engkau ku jemput di Syurga sana

Insya Allah~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...