followers

Rabu, 16 Mac 2011

Nota Hati Lelaki Islami~




"~((Hazriel & Najwa))~ " Jihad Cinta Mardhatillah" by jibriel


"aku biarkan saat ini kau menganggap keegoanku tinggi kerna aku tidak melayani mula bicara mu.
aku biarkan saat ini kau menjauh dari ku dengan menatang perasaan benci dengan sikap dingin ku.
aku biarkan soalanmu itu tergantung dan terus tergantung harap tanpa sebarang mahu berjawab.

andai dapat kau tafsirkan nota hati seorang lelaki...
yang ingin menjaga kesucianmu,
yang ingin menjaga kehormatanmu,..
yang ingin melindungi mu daripada terjerat ke lembah zulmat.....
kau akan mengerti maksud halus egoku....
kau akan memahami disebalik sikap dinginku...
kau akan tahu jawapan bagi soalanmu...

aku bukanlah seorang yang kuat imannya...
aku bukanlah para anbiya' mahupun auliya'...
aku bukanlah seorang yang pandai berhujah
aku juga bukanlah pintar bermadah...
cuma aku menyedari...
aku pemuda islam...
pemimpin masa hadapan agama ini..
jadi aku tidak mahu salah memimpinmu tika ini...
tidak ku mahu dengan melayani mula bicara mu,mengundang mesra yang melalaikan diri ini
tidak ku mahu sikap mesraku menjadikan  engkau mencintaiku lebih dari cinta padaNya
tidak ku mahu dengan menjawab soalanmu itu engkau akan terus memanjangkan lagi soalanmu
fahamilah dari hati....bukan dari sanubari....kau akan mengerti "

dari sukma yang berbicara,
Hazriel.

noktah. Najwa terkesima ...dia tidak menyangka Hazriel akhirnya menjawab persoalannya yang tergantung lama di pulau masa. jawapan hazriel cukup menyentuh jiwa mulus najwa.Ternyata tanggapannya dahulu terhadap hazriel begitu menyimpang dengan kondisi sebenar pemuda berjiwa islami itu...............

2 ulasan:

  1. keindahan bahasa itu mampu menembusi hati seseorang andai ianya benar2 diluahkan dari jiwa yang sentiasa mengingati Rabbnya.. insyaAllah.. =)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...