followers

Sabtu, 16 April 2011

10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam ~


 1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.

 

2) Menghapuskan Al-Qur'an.
 


3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa 
 nafsu.
 



4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
 


5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
 


6) Lemahkan bangsa Arab.
 


7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
 


8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
 


9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
 


10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas. 

Apa Kata Mereka Pada Islam ?


Apa Kata Mereka Pada Islam ?

William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) - mantan PM Britain zaman Queen Victoria "selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". - ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )
 
 
 
 

Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.
 
 
 
 

Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "
 
 
 
 
 
Masya Allah.....bersama kita renungkan wahai sahabat-sahabatku
Jika kita lihat dunia marcapada....sepertinya misi mereka telah berjaya...
apakah kita mahu terus menerus dikaburi enak dunia yang disebaliknya terdapat duri berapi yang menusuk pegangan kita secara siriyyah,,,.,?? sampai kapan lagi kita mahu berbayang-bayangkan keindahan duniawi cetusan  mereka yang bakal menghuyung-hayangkan matlamat kita...??
 
~Muhasabahkan diri kita ..insya Allah~
 

MemiLih HusNuSsAbiL





 Di kala diri


Tersekat di pukat dilema,



Buntu kaku sukma ku,



Memilih antara dua benua,




Saat kabut zulmat menyelimut hati,



Lagu di minda merentak ragu



Resah susul ke teratak deria



Langkah kian menggamit gelisah




Aduh 



Bagaimana harus ku tempuh,



tidakkan cukup sekadar mengeluh,



tak hilang hijab walau disuluh,



tidakkan ternampak andai dibasuh



bentak nafsu berontak ganas



masih lagi mampu ku awas,



Namun tidak dapat ku tampan





Takdir Tuhan yang menentukan..


 ~


SaAt Di Uji ALLaH~




Dalam pada menempuh pancaroba hidup, pelbagai rona cabaran menumpah di atas peta perjalanan.Ujian yang dilalu bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani,namun kita mesti yakin dan percaya bahawa         "La Yukallifillahu Nafsan Illa Wus'Ahaa";-"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan apa yang termampu olehnya" ..kerana itulah seberat manapun ujian yang Allah titipkan,tatanglah ia dengan tabah dan sabar ,...sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.."innallaha Ma'Assobirin" ..moga-moga dengan berkat kesabaran ini , Allah menganugerahkan kita suatu kejayaan yang tidak kita sangka-sangkakan. Sesungguhnya kejayaan orang Islam itu hanya dalam Agamanya..





Janganlah kita mengeluh di saat ujian sampai ke kemuncak, disaat kita di uji dengan bermacam-macam masalah serentak, di saat kita di goda nafsu yang ganas memberontak ...perbanyakkanlah istighfar kepada Allah yang senentiasa tidak jemu mendengar permohonan dan rintihan hambaNya,sedangkan Allah dapat mendengar detakan kaki semut hitam di atas seketul batu hitam di tengah malam yang gelap gelita,inikan kita..khalifah dunia yang di utus Allah.
.Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui ,.."InnAllaha Sami'un Alim"....berdoalah semoga ujian yang diberi dapat dilulusi dengan rahmat dan berkat kasih sayangNya kepada kita....Allah berfirman "Ud'uuni Astajiblakum".."berdoalah kepadaKu Nescaya aku kabulkan"... dan Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.. "innAllaha La tukhliful Mi'ad" .... 






Ingat,....di saat Allah menguji kita dengan ujian yang sangat berat... itu tandanya Allah mahu mengurniakan "Halawatul Iman" iaitu kemanisan Iman kepada kita.
. sesorang itu tidak akan merasai kemanisan Iman selagi mana tidak merasai kepahitan dalam bermujahadah... Masya Allah... begitu sayangnya Allah kepada kita... Wallahualam

Sabtu, 2 April 2011

PaBiLa Bumi BerBiCarA~



Bahawasanya bumi ini setiap hari memanggil insan dengan 10 panggilan:
 



1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku akhirnya kamu akan kembali ke dalam perutku.
 
2. Kamu melakukan maksiat di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.
 
3. Kamu bergurau di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.
 

4. Kamu memakan makanan yang haram di atas perutku, nanti mayat kamu akan dimakan oleh ulat di 
dalamnya nanti.
 
5. Kamu bergembira di atas belakangku, nanti kamu akan merasa susah di dalam perutku.
 
6. Kamu sombong dalam kehidupanmu di atas belakangku, tetapi kamu akan hina di dalam perutku.
 

7. Kamu berjalan di dalam cahaya di atas belakangku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam
perutku.
 

8. Kamu mengumpul barang yang haram di atasku, tetapi kamu akan hancur di dalam perutku.
 
9. Kamu berjalan dengan sukaria di dalam kehidupan duniamu, tetapi kamu akan jatuh kesedihan di dalam 
perutku.
 
10. Kamu berjalan untuk berjemaah di atas belakangku, akan tetapi kamu akan bersendirian di dalam perutku."


HusNu Zan~ Bersangka baik SeLalU ^^



Kita hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap orang lain. Seperti pesan dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani :



Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.



Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu :

“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..




Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu :

“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu :

“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu :

“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”





Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu :

“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.



 

TEKNIK MENGHAFAL QURAN




Assalamualaikum. Kepada sahabat-sahabat yang ingin menghafal al-Quran, saya kongsikan beberapa tips bagi memudahkan kalian untuk menghafalnya. Mudah-mudahan berkesan, insyaAllah 

Sebelum menghafal
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.



Teknik Menghafal

A. Teknik “Chunking”
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur’an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari’ yang baik bagi seluruh Al-Qur’an atau beberapa qari’ bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari’ tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari’ tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur’an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik “Pointers” dan “Keyword”
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik “Mindmaping”
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu’. Tulis ayat pertama rubu’ tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’.

Mengekalkan Hafalan
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...