followers

Selasa, 31 Mei 2011

BicaRa TenTanG IkhLaS~







Assalamualaikum wbt, semoga langkah kita semakin tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan. 

Saudaraku akhi, saudariku ukhti;
 

Ibadah yg kita lakukan selalunya atas dasar keperluan kita terhadap Allah..... kerana hanya DIA satu2nya tempat sandaran hati dan jiwa kita.... padaNyalah tempat kita memohon pertolongan dan perlindungan. Dan sungguh ikhlas merupakan salah satu syarat diterimanya amal kita.

"Dan mereka tidaklah disuruh kecuali supaya beribadah kepada Allah dengan memurnikan dien (agama) kepadaNya, dengan mentauhidknnya." (Al Bayyinah 5)

Letakkanlah Ikhlas; hanya untuk mengharap keredhaan Allah semata.
Sedarilah wahai akhi dan ukhti; ibadah yang dilakukan untuk selain Allah sebagai tujuan ibadah ketika sedang beribadah kepada Allah adalah syirik dan tidak akan diterima oleh Allah. 
Syirik merosakkan kejernihan ibadah dan menghilangkan keikhlasan dan pahalanya.
Ketahuilah akhi dan ukhti; bahwa ikhlas bukan mudah dilaksanakan. Murnikanlah suatu pekerjaan ibadah kita itu hanya karena Allah.


Ikhlas hanya akan datang dari seorang yang mencintai Allah dan menjadikan Allah sebagai satu-satunya sandaran dan harapan. Namun kebanyakan kita pada zaman sekarang mudah alpha& tergoda dengan gemerlap dunia dan mengikuti keinginan nafsu. Padahal nafsu akan mendorong kita untuk lalai berbuat ketaatan dan tenggelam dalam kemaksiatan, yang akhirnya akan menjerumuskan kita pada pintu2  kehancuran di dunia dan jurang neraka kelak di akhirat.

Moga kita akan terus berusaha dan berlatih untuk menjadi orang yang ikhlas. Yang mana salah satu cara untuk ikhlas adalah dengan  menghilangkan ketamakan terhadap dunia dan berusaha agar hati selalu fokus kepada janji Allah yakni Allah akan memberikan balasan berupa kenikmatan abadi di syurga dan menjauhkan kita dari neraka. Dan berusahalah untuk menyembunyikan amalan kebaikan dan ibadah agar tidak menarik perhatian kita untuk dilihat dan didengar orang, sehingga mereka memuji kita. 



"Katakanlah, mahukah kami khabarkan tentang orang yang paling merugi amalan mereka? Yaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya." (Al Kahfi 103-104)


Saudaraku akhi saudariku ukhti… bersabarlah dalam belajar untuk ikhlas. Palingkan wajahmu dari pujian manusia dan indah gemerlap dunia. Sesungguhnya dunia ini fana dan akan hancur, maka sia-sia ibadah yang kita lakukan untuk dunia. Sedangkan akhirat adalah kekal, kenikmatannya dan juga siksanya. Bersabarlah di dunia yang hanya sebentar, karena kita tidak akan mampu bersabar dengan siksa api neraka walau hanya sebentar....

Moga kita akan tetap berusaha untuk ikhlas..... amin amin amin...

Sabtu, 28 Mei 2011

Demi masa~



“ Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian .” , (Al-Asr : 1-2)

Kenapa dengan masa ?

Ada apa dengan masa ?

Adakah manusia itu berkaitan dengan masa ?

Ya , manusia sangat berkaitan dengan masa . Kerana ?

Manusia sifatnya pergi tak kembali , begitu juga sifat masa , pergi tidak kembali . Kerana selagkah atau sesaat masa belalu , ia pasti tidak akan dapat kembali . 

Lihat sahajalah sekarang , anda telah meninggalkan masa anda tadi dengan membaca tulisan ini bermula dari petikan surah Al-Asr sampai noktah terakhir ini .

Lihat , masa sudah ditinggalkan.

Ada orang kata , masa yang diperuntukkan tidak cukup . Tapi , bagaimana orang tersebut boleh mempertikaian akan ciptaan masa ini dari ALLAH .

Setiap hari , ALLAH telah memberikan kita nikmat masa 24 jam . Kerana , ALLAH mengetahui , dengan adanya masa 24 jam itu , sudah cukup untuk hambanya melakukan semua perkara dan keperluan . Cuma , hambaNYA sendiri yang kurang bijak mengatur masa .




Bagaimana mengatur masa ?



Masa dalam hidup ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian ;
1) Penting dan utama
2) Penting dan tidak utama
3) Tidak penting dan utama
4) Tidak penting dan tidak utama

Dengan menyusun keutamaan ini dalam kehidupan kita , maka kita kan lihat , masih banyak lagi masa yang bellum kita isi untuk sehari . Itupun masih mahu menrungut ke?

Andai masa 24 jam itu tidak cukup buat manusia , nescaya , ALLAH , tidak akan memberi masa 24 jam itu kepada kita .Oleh itu , saya mengajak diri saya dan anda , untuk sama-sama mengisi masa dengan amalan yang boelh menigkatkan ketaatan kita kepada ALLAH .

Kalau belajar , belajar kerana ALLAH . Kalau bekerja , bekerja dengan penuh amanah hanya kerana ALLAH . Bila beribadat pul , ibadah bersungguh-sungguh kerana ALLAH .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Jangan kata tiada masa!



Couple Islamik?



couple islami...???

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.


beberapa tahun berlalu…Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. “COUPLE ISLAMIC”. Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.



Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, “Have you married?”. “No.”, jawab Safura. “So, why you sit together with this ajnabi alone here”, tanya Muhammad. “Kami couple, tapi Islamic way” jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.



“Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas…

Sabtu, 21 Mei 2011

Adab SeSama Muslim~

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : 

Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Janganlah kalian saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain; haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.

(Riwayat Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1. Larangan untuk saling dengki.

2. Larangan untuk berbuat keji dan menipu dalam urusan jual beli.

3. Diharamkan untuk memutuskan hubungan terhadap muslim. Sebaliknya harus dijaga persaudaraan dan hak-haknya karena Allah Ta’ala.

4. Islam bukan hanya aqidah dan ibadah saja, tetapi juga didalamnya terdapat urusan akhlak dan muamalah.

5. Hati merupakan sumber rasa takut kepada Allah Ta’ala.

6. Taqwa merupakan barometer keutamaan dan timbangan seseorang.

7. Islam memerangi semua akhlak tercela karena hal tersebut berpengaruh negatif dalam masyarakat Islam.



Cinta Kerana Allah?? .. Bagaimana?~


 seperti apa “Cinta kerana Allah” itu?

Jika sekarang aku mengatakan
“Sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…

Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …

Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …

Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …

Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …

Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …

Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …

Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..

Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …

Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …

Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …

Ketika aku menjaga rahsiamu …

Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …

Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….

Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
Amin.

Nabi SAW bersabda :

“Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)

Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :

“KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” … (Riyadhus Salihin)

Jumaat, 13 Mei 2011

Bergurau Cara Rasulullah


Dikisahkan dalam sebuah riwayat, ada seorang lelaki meminta pada Rasulullah agar Rasulullah membawanya di atas kenderaan. Kemudian, Rasulullah bersabda, "Aku akan membawamu di atas anak unta."

Orang tersebut menjadi hairan kerana ia hanya melihat seekor unta dewasa, bukan anak unta. Kemudian, Rasulullah bersabda, "Bukankah yang melahirkan unta itu seekor unta juga?" (HR Abu Dawud & Tirmidzi).

Bergurau atau berkelakar adalah perencah dalam berkomunikasi yang biasa kita lakukan dalam pergaulan seharian. Sebagai tanda persahabatan, hal tersebut sudah menjadi lumrah dalam percakapan seseorang. Di samping dapat menghibur, bergurau juga dapat menjadikan suasana semakin akrab, menghilangkan rasa bosan, dan meredakan amarah, kerana dalam berkelakar muncullah benih persahabatan dan persaudaraan.



Pernah suatu ketika, Sufyan bin Uyainah ditanya apakah bergurau itu termasuk perbuatan tercela? Ia menjawab tidak, "Bahkan, termasuk sunnah bagi yang dapat melakukannya sesuai dengan tuntutannya."
Dalam Surah An-Najmu (53) ayat 43, dijelaskan bahawasanya tertawa dan menangis adalah fitrah yang Allah s.w.t. anugerahkan pada manusia. Rasulullah s.a.w. pun menyebutkan bahawa melakukan perbuatan yang menyenangkan orang lain boleh dikategorikan sebagai kebajikan. "Senyummu untuk saudaramu adalah kebajikan (sedekah)." (HR Imam Ahmad).

Untuk mewujudkan suasana kelakar, hendaknya seseorang menjauhi perbuatan yang tidak terpuji, antaranya mengungkapkan perkataan kotor, dusta, berolok-olok, dan merendah-rendahkan orang lain hanya demi menjadikan suasana kelakar dan orang lain tertawa. Nabi s.a.w. bersabda, "Celakalah orang yang bercakap lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa." (HR Abu Dawud).

Selain perbuatan tersebut mengandungi cela dan dosa, Rasulullah sendiri tak pernah berkelakar dengan para sahabat kecuali di dalamnya mengandungi kebenaran dan fakta. Hal tersebut dapat kita temui dalam hadith Abu Hurairah r.a. bahawa para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah bergurau dengan kami." Rasulullah s.a.w. menjawab, "Sesungguhnya tidaklah aku berbicara, kecuali yang benar." (HR Tirmidzi).
Selain hadith di atas, ada satu contoh kelakar Rasulullah yang sangat terkenal, iaitu ketika Rasulullah didatangi oleh seorang nenek tua yang bertanya, "Apakah kelak saya boleh masuk syurga?" Nabi pun menjawab, "Tidak akan ada orang tua di dalam syurga."

Mendengar jawapan itu, spontan nenek tersebut menangis. Lalu Rasulullah berkata kepadanya bahawa kelak tidak ada orang tua di dalam syurga kerana semua ahli syurga akan kembali belia. Demikianlah bergurau ala Rasulullah, penuh dengan didikan.

*Tazkirah Perhimpunan Jumaat, 26/06/2009.
Dipetik daripada Majalah i Edisi Mei 2008.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...