followers

Ahad, 26 Jun 2011

Indahnya Ukhwah~




Salam mahabbah sahabat-sahabat sekalian,moga sentiasa berada dalam keredhaan ALLAH sentiasa.

Indahnya hidup berukhuwah?
Umum mengetahui, hubungan dengan pencipta iaitu ALLAH dan hubungan dengan manusia adalah satu ungkapan yang amat perlu diamalkan dalam kehidupan manusia yang bergelar mu’min. Firman ALLAH taala dalam Al-Quran:

“sesungguhnya orang mu’min itu bersaudara,maka damaikanlah diantaranya”
(Al-Hujurat:10)

Berdasarkan ayat Al Quran diatas,dapatlah kita mengetahui bahawa ukhuwah itu amat dituntut dalam islam. Secara fitrahnya,semua manusia tidak dapat tidak memerlukan antara satu sama lain. Datangnya islam kepada manusia membawa satu manhaj kehidupan manusia yang berkehendak kepada persaudaraan.
Sirah junjungan Rasulullah SAW telah menbuktikan kepada kita apakah perkara pertama yang telah dibuat oleh baginda sewaktu mana hijrah ke Madinah iaitu mempersaudarakan golongan muhajirin dan ansar.Ini menbuktikan persaudaraan(ukhuwah) sangat penting kerana dengan ukhuwah ini timbulnya kasih sayang sesama mu’min seterusnya memudahkan dakwah islam tersebar keseluruh dunia.
Ukhuwah atau persaudaraan dalam islam bukan sahaja mencirikan ketaaatan seseorang terhadap ALLAH dan Rasulnya,tetapi ia merupakan satu kekuatan diperingkat masyarakat dalam rangka menbina kesatuan dalam islam.



Namun disana,terdapat segelintir remaja yang menyalahgunakan perkataan ukhuwah ini,bagi menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Mereka bergaul, bersembang dan berpelisiran disana-sini atas alasan ukhuwah. Ingatlah sahabat-sahabat sekalian,sesungguhnya agama islam itu datang bukan untuk menghalal apa yang dilarang oleh ALLAH secara jelas. “ matlamat tidak menghalalkan cara”. Itulah ungkapan yang perlu diingat oleh remaja-remaja sekarang bahawa matlamat untuk melakukan sesuatu kebaikan tidak boleh diterima dengan cara yang salah.

Dalam sebuah buku yang bertajuk Ukhuwah Islamiah karangan Abdullah Nasih Ulwan,beliau telah menggariskan beberapa syarat-syarat dalam berukhuwah.Antaranya:

1. Hendaklah ukhuwah itu terbina di atas dasar keikhlasan kpd Allah.

Ini dijelaskan daripada hadis riwayat Imam Muslim:
Satu hari malaikat bertanya kpd seorang lelaki yg hendak menziarahi saudaranya "Kemanakah kamu hendak pergi? Lelaki itu menjawab "Aku hendak pergi menziarahi saudaraku seislam" Malaikat itu bertanya lagi "Adakah kamu ziarah ini ada sebab2 keduniaan? Lelaki itu menjawab "Tidak.. Aku ziarah hanyalah kerana aku cinta kepadanya demi kerana Allah." Malaikat berkata "Sesungguhnya aku adalah utusan dr Allah dan nak menyampaikan kpdmu bahwa Allah kasih kpdmu seperti mana kamu kasih kpdnya kerana Allah."

2. Hendaklah ukhuwah tersebut terbina diatas dasar keimanan dan ketakwaan.

Caranya adalah dengan dia memilih kawannya dari kalangan orang-orang yg soleh dan beriman. 

NAbi bersabda:
"Janganlah kamu bersahabat melainkan dgn org beriman dan jangan bagi makanan kamu melainkan kepada org yg bertakwa."(Tirmizi)
Nabi s.a.w bersabda:
Seseorang itu mengikut agama temannya. Maka hendaklah sesorang itu melihat utk memilih dgn siapa dia berteman."(Hr Abu Daud)





3. Hendaklah ukhuwah berjalan dgn mengikut syariat Islamiah.

Diantara golongan yg dinaungi oleh Allah adalah golongan "dua lelaki yg berkasih sayang kerana Allah. keduanya Bertemu dan berpisah dia atas batasan hukuman Allah"(Hr Bukhari dan Muslim)

4. Hendaklah ukhuwah terbina diatas konsep nasihat menasihati.
Jabir r.a berkata:

Aku berjanji setia kepada Rasulullah s.a.w untuk mendirikan solat, membayar zakat dan untuk menasihati setiap org Islam."(Hr Bukhari dan Muslim)


5. Hendaklah ukhuwah itu mekar dgn konsep bantu membantu dikala senang dan susah.


Firman Allah:
maksudnya: Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan.(Al An’am:2)

Firman Allah:
maksudnya: Orng2 bertakwa yg membelanjakan hartanya dikala senang dan susah( Ali Imran:134)

Nabi bersabda:
Sesiapa yg berjalan untuk membantu saudranya seIslam lebih baik drpada orang yang beriktikaf selama 20 bulan.(hr Thabrani atau hakim)




Sebagai renungan,hayatilah hadis ini


Rasulullah saw bersabda, "Mahukah aku tunjukkan kepadamu sebaik2 manusia? Sahabat pun menjawab, "Mahu ya Rasulullah", Rasulullah saw menjawab, "iatu orang yang apabila kamu memandangnya maka akan menjadikan kamu mengingati Allah azza wa jalla"(hr ibn majah)



Jumaat, 24 Jun 2011

Menyitir Ketenangan





Berserak daunan kering

Disitir angin di sore hening,

Bayu yang menonong laju

Rakus mengerumus jasad ku kaku,


Di petang terang meniti senja,

ku meladeni fenomena damai

di keindahan persisir pantai,

Dalam pada minda menafsir erti damai

ku sirnakan semua istilah masalah,

ku lontarkan sejenak

diriku ke kolong lalai,

biar ku bebas sebentar

dari resah gelisah,

dari peluh mengeluh

agar dapat ku menyitir sekelumit ketenangan..


~JIbrieL~



Khamis, 9 Jun 2011

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab~






Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.


Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B: 
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”



Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”



Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”



Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”



Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”



Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”



Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. 

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.



Isnin, 6 Jun 2011

Pabila Dunia Bermaharaja Lawak




Bayangkan benda ini berlaku pada anda...


Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih 

kurang 1,000 jemaah... 
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... 
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di 
tempat kamu". Selepas mendengar amaran 
lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para 
jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada 
jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih 
kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di 
tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... 
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka 
tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam 
sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau 
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak 
Iman mulakan sembahyang Jumaat". Lalu 
kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan 
jemaah....Sekian. 



Macam mana, adakah anda
rasa lawak dgn cerita di atas???
Selain terhibur,
anda fikirlahlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul beriman... ",





" Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki tadi
hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa
yg dia tak sembahyang jumaat lagi...",





"Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu
sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi
dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang
raya...",





"Lawakkan, ramai orang percaya kepada
gossip dan apa yang ditulis oleh surat khabar
daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran",





"Lawak kan, berapa ramai yg percaya
dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat
yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar
dunia",


"Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam- jam tapi nak
berdoa kepada ALLAH, alahai.. tak cukup
masa.... Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh
post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.





Lawak kan??? Kenapa?



Gelak



tu kan realiti.



Tapi yg paling lawak sekali.. berapa
orang yang lepas baca benda ni akan
sampaikan
kat orang lain?


berapa banyak????



~~HAMBA ALLAH~~



Kisah Benar Untuk Dijadikan Ikhtibar~

Kisah Benar Untuk Dijadikan Ikhtibar




Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa   keajaiban yang
ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak
dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia
amat yakin akan perubatan secara Islam dan   dengan itu telah membuka sebuah klinik yang
bertemakan "Perubatan  Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan
ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.

Di antara  kaedah-kaedah yang digunakan  termasuklah berpuasa, madu lebah, biji   hitam (black
seed) dan   sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk  memeluk Islam, maka
doktor   tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,   terdapat
beberapa urat saraf  di dalam otak manusia yang tidak dimasuki  oleh   darah. Padahal setiap inci
otak manusia memerlukan darah yang cukup  untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati   bahawa darah tidak akan
memasuki urat saraf di dalam otak manusia  melainkan pada  ketika seseorang itu sedang sujud
semasa mengerjakan   sembahyang.


Urat  tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa
sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki  urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan  oleh Islam.

Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan
otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh
yang demikian, kejadian manusia  ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam  'sepenuhnya'
kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, walau pun akal mereka berfungsi
dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan  kehilangan
pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.  Justeru itu,  tidak hairanlah jika manusia ini
kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah
kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara  yang akan dilakukan itu adalah
bersalahan dengan kehendak  mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka
untuk  mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.  Maka  dengan itu tidak
hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah
kita bersama-sama mengambil  ikhtibar daripada kisah di   atas. Ambillah Islam secara menyeluruh
dan bukannya secara berdikit-dikit.

Dipetik daripada Arab News, 7 Januari /Februari 1987.
  

Islam Kena Ikut Zaman Atau Zaman Kena Ikut Islam?



 Perkara ini kadang kala kita tak terperasan disebabkan kita dah lali
dengan ungkapan yang diutarakan. Seolah-olah kita dapat menerimanya kerana itulah penerimaan
masyarakat semasa.Wal hal apa yang kita dengari itu sebenarnya bercanggah dengan apa yanng
dituntut oleh agama.

Umpamanya kalau ada orang yang mengatakan "kita hendaklah menyesuaikan Islam dengan peredaran
zaman." Di sini mungkin kita akan menafsirkan bahawa dalam zaman moden ini Islam perlu ditafsirkan
sesuai dengan kehendak zaman ini. Islam yang turun lebih 1400 tahun dahulu sudah tentu berbeza
dengan zaman sekarang. Lalu segala ajaran yang tak sesuai dengan zaman ini perlu ditinggalkan dan
Islam kenalah disesuaikan denngan kehendak masyarakat moden hari ini. Penafsiran sedemikian
seolah menggambarkann peredaran zaman memaksa Islam perlu diubahsuai supaya Islam dapat terus
hidup ditengah-tengah kehendak dan selera masyarakat. Segala ajaran yang tak sesuai dengan selera
dan nafsu masyarakat perlu dirubah dan digantikan nilai baru yang semua masyarakat dapat
menerimanya. Contohnya dalam pergaulan seharian antara bukan muhram sama ada yang remaja atau
dewasa. Hari ini seolah-olah masyarakat menghalalkan perbuatan 'dating', pasangan yang belum
berkahwin bebas bersosial atau mudah dibawa kemana-mana dengan izin ibubapa. Kerana alasannya
itulah trend masakini.

Persoalannya sekarang mahukah suatu hari nanti masyarakat kita hidup sama seperti mana di barat
hari ini. Sistem sosial mereka sudah berubah. Anak-anak sudah tidak hormat kepada ibubapa, hidup
bersama tanpa ikatan perkahwinan sehingga mempunyai anak sudah menjadi lumrah yang diterima
pakai. Kehidupan homoseks dan lesbian sudah mendapat pengiktirafan pemerintah. Dan perkara ini
sudah menjalar kepada masyarakat kita. Kesannya dimanifestasikan dengan berlakunya gejala sosial
yang semakin membimbangkan. Buang bayi, bohsia, bohjan, seks rambang dan yang lainnya adalah
antara rentetan peristiwa yang menggegar negara.

Jika dihitung banyak lagi contoh lain yang menunjukkan Islam kena hidup ditengah kehendak dan
selera masyarakat.,Jika ada orang yang menentangnya lalu dicop sebagai extrimist atau pelampau atau
orang yang ketinggalan zaman. Masyarakat akan memandang serong jika ada individu-individu yang
cuba mengamalkan Islam sepenuhnya.

Bukankah Islam datang membawa rahmat kepada sekian alam. Islam sudah sempurna dan sesuai
diamalkan dalam sebarang zaman. Sepatutnya Islam yang menentukan arah mana zaman akan pergi.
Masyarakat kena ikut Islam, bukan Islam kena ikut kehendak masyarakat. Masyarakat boleh hidup
biasa dalam sebarang zaman selagi segala bentuk amalan kehidupan mereka tak bercanggah dengan
Islam.

Konsep halal dan haram, hak dan batil, dan amar makruf nahi mungkar menjadi panduan
kehidupan manusia. Jika ada perkara-perkara baru dalam masyarakat yang tidak ada nas dalam Quran,
di sana dibenarkan ijtihad. Itu pun ijtihad bukan mengikut hawa nafsu tetapi ijtihad yang dilakukan tidak
lari dari roh dan semangat Islam itu sendiri. Sebab itulah Islam sesuai dengan sebarang zaman.

"Pada hari ini telah Akuu sempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Aku cukupkan kepadamu
nikmat Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu." (al-Maidah: 3)

Ikhtibar Untuk Kita Semua


Dibawah ini ada satu cerita buat renungan kita bersama...


Disatu perkampungan bernama Al-Manzalah di bandar Mansurah Mesir
baru-baru ini lahirlah seorang bayi. Dengan kehendak Allah bayi tersebut lahir
dalam keadaan telapak tangannya yang bercantum. Berusahalah doktor untuk
memisahkannya, tetapi tidak berjaya. Maka hebohlah di kampung tersebut
sehingga orang ramai datang untuk memberikan pertolongan. Akhirnya seorang
penduduk mencadangkan agar dipanggil ulamak untuk membantu. Setelah
didoakan dan dijampikan oleh ulamak tersebut, maka telapak tangan bayi
tersebut boleh dibuka. Satu peristiwa yang menghairankan berlaku iaitu sebaik
sahaja telapak tangan itu
dibuka, terpamparlah sepotong ayat Al-Quran Surah Al-Qomar (pangkal ayat 1)  di telapak tangan bayi tersebut. Ayat tersebut bermaksud:

“Telah hampirlah saat itu (hari kiamat)”.



Orang ramai yang hadir pada masa tersebut mendapat satu iktibar yang sangat berguna yang boleh menginsafkan sesiapa sahaja yang beriman agar segera kembali kepada cara hidup yang diredai oleh Allah SWT, selagi ada kesempatan yang diberi. 

HikMah 5 Jari.~

HIKMAH 5 JARI
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.







Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam
keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.....
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil,
seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar
dan terus membesar.Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.
Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa
hadapan.


Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian,
bangga tak terkira.. pada ketika ini,alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.Bersediakah anda??


Nah...naik kepada jari ketiga.
Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja ditinggalkan.Alam dewasa kian menjengah.Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.Namun,anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.



Kita beralih kepada jari telunjuk.

Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini,hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.



Akhir sekali, renung ibu jari.
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang
membanggakan.Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu.
Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...