followers

Ahad, 26 Jun 2011

Indahnya Ukhwah~




Salam mahabbah sahabat-sahabat sekalian,moga sentiasa berada dalam keredhaan ALLAH sentiasa.

Indahnya hidup berukhuwah?
Umum mengetahui, hubungan dengan pencipta iaitu ALLAH dan hubungan dengan manusia adalah satu ungkapan yang amat perlu diamalkan dalam kehidupan manusia yang bergelar mu’min. Firman ALLAH taala dalam Al-Quran:

“sesungguhnya orang mu’min itu bersaudara,maka damaikanlah diantaranya”
(Al-Hujurat:10)

Berdasarkan ayat Al Quran diatas,dapatlah kita mengetahui bahawa ukhuwah itu amat dituntut dalam islam. Secara fitrahnya,semua manusia tidak dapat tidak memerlukan antara satu sama lain. Datangnya islam kepada manusia membawa satu manhaj kehidupan manusia yang berkehendak kepada persaudaraan.
Sirah junjungan Rasulullah SAW telah menbuktikan kepada kita apakah perkara pertama yang telah dibuat oleh baginda sewaktu mana hijrah ke Madinah iaitu mempersaudarakan golongan muhajirin dan ansar.Ini menbuktikan persaudaraan(ukhuwah) sangat penting kerana dengan ukhuwah ini timbulnya kasih sayang sesama mu’min seterusnya memudahkan dakwah islam tersebar keseluruh dunia.
Ukhuwah atau persaudaraan dalam islam bukan sahaja mencirikan ketaaatan seseorang terhadap ALLAH dan Rasulnya,tetapi ia merupakan satu kekuatan diperingkat masyarakat dalam rangka menbina kesatuan dalam islam.



Namun disana,terdapat segelintir remaja yang menyalahgunakan perkataan ukhuwah ini,bagi menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Mereka bergaul, bersembang dan berpelisiran disana-sini atas alasan ukhuwah. Ingatlah sahabat-sahabat sekalian,sesungguhnya agama islam itu datang bukan untuk menghalal apa yang dilarang oleh ALLAH secara jelas. “ matlamat tidak menghalalkan cara”. Itulah ungkapan yang perlu diingat oleh remaja-remaja sekarang bahawa matlamat untuk melakukan sesuatu kebaikan tidak boleh diterima dengan cara yang salah.

Dalam sebuah buku yang bertajuk Ukhuwah Islamiah karangan Abdullah Nasih Ulwan,beliau telah menggariskan beberapa syarat-syarat dalam berukhuwah.Antaranya:

1. Hendaklah ukhuwah itu terbina di atas dasar keikhlasan kpd Allah.

Ini dijelaskan daripada hadis riwayat Imam Muslim:
Satu hari malaikat bertanya kpd seorang lelaki yg hendak menziarahi saudaranya "Kemanakah kamu hendak pergi? Lelaki itu menjawab "Aku hendak pergi menziarahi saudaraku seislam" Malaikat itu bertanya lagi "Adakah kamu ziarah ini ada sebab2 keduniaan? Lelaki itu menjawab "Tidak.. Aku ziarah hanyalah kerana aku cinta kepadanya demi kerana Allah." Malaikat berkata "Sesungguhnya aku adalah utusan dr Allah dan nak menyampaikan kpdmu bahwa Allah kasih kpdmu seperti mana kamu kasih kpdnya kerana Allah."

2. Hendaklah ukhuwah tersebut terbina diatas dasar keimanan dan ketakwaan.

Caranya adalah dengan dia memilih kawannya dari kalangan orang-orang yg soleh dan beriman. 

NAbi bersabda:
"Janganlah kamu bersahabat melainkan dgn org beriman dan jangan bagi makanan kamu melainkan kepada org yg bertakwa."(Tirmizi)
Nabi s.a.w bersabda:
Seseorang itu mengikut agama temannya. Maka hendaklah sesorang itu melihat utk memilih dgn siapa dia berteman."(Hr Abu Daud)





3. Hendaklah ukhuwah berjalan dgn mengikut syariat Islamiah.

Diantara golongan yg dinaungi oleh Allah adalah golongan "dua lelaki yg berkasih sayang kerana Allah. keduanya Bertemu dan berpisah dia atas batasan hukuman Allah"(Hr Bukhari dan Muslim)

4. Hendaklah ukhuwah terbina diatas konsep nasihat menasihati.
Jabir r.a berkata:

Aku berjanji setia kepada Rasulullah s.a.w untuk mendirikan solat, membayar zakat dan untuk menasihati setiap org Islam."(Hr Bukhari dan Muslim)


5. Hendaklah ukhuwah itu mekar dgn konsep bantu membantu dikala senang dan susah.


Firman Allah:
maksudnya: Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan.(Al An’am:2)

Firman Allah:
maksudnya: Orng2 bertakwa yg membelanjakan hartanya dikala senang dan susah( Ali Imran:134)

Nabi bersabda:
Sesiapa yg berjalan untuk membantu saudranya seIslam lebih baik drpada orang yang beriktikaf selama 20 bulan.(hr Thabrani atau hakim)




Sebagai renungan,hayatilah hadis ini


Rasulullah saw bersabda, "Mahukah aku tunjukkan kepadamu sebaik2 manusia? Sahabat pun menjawab, "Mahu ya Rasulullah", Rasulullah saw menjawab, "iatu orang yang apabila kamu memandangnya maka akan menjadikan kamu mengingati Allah azza wa jalla"(hr ibn majah)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...