followers

Isnin, 6 Jun 2011

Islam Kena Ikut Zaman Atau Zaman Kena Ikut Islam?



 Perkara ini kadang kala kita tak terperasan disebabkan kita dah lali
dengan ungkapan yang diutarakan. Seolah-olah kita dapat menerimanya kerana itulah penerimaan
masyarakat semasa.Wal hal apa yang kita dengari itu sebenarnya bercanggah dengan apa yanng
dituntut oleh agama.

Umpamanya kalau ada orang yang mengatakan "kita hendaklah menyesuaikan Islam dengan peredaran
zaman." Di sini mungkin kita akan menafsirkan bahawa dalam zaman moden ini Islam perlu ditafsirkan
sesuai dengan kehendak zaman ini. Islam yang turun lebih 1400 tahun dahulu sudah tentu berbeza
dengan zaman sekarang. Lalu segala ajaran yang tak sesuai dengan zaman ini perlu ditinggalkan dan
Islam kenalah disesuaikan denngan kehendak masyarakat moden hari ini. Penafsiran sedemikian
seolah menggambarkann peredaran zaman memaksa Islam perlu diubahsuai supaya Islam dapat terus
hidup ditengah-tengah kehendak dan selera masyarakat. Segala ajaran yang tak sesuai dengan selera
dan nafsu masyarakat perlu dirubah dan digantikan nilai baru yang semua masyarakat dapat
menerimanya. Contohnya dalam pergaulan seharian antara bukan muhram sama ada yang remaja atau
dewasa. Hari ini seolah-olah masyarakat menghalalkan perbuatan 'dating', pasangan yang belum
berkahwin bebas bersosial atau mudah dibawa kemana-mana dengan izin ibubapa. Kerana alasannya
itulah trend masakini.

Persoalannya sekarang mahukah suatu hari nanti masyarakat kita hidup sama seperti mana di barat
hari ini. Sistem sosial mereka sudah berubah. Anak-anak sudah tidak hormat kepada ibubapa, hidup
bersama tanpa ikatan perkahwinan sehingga mempunyai anak sudah menjadi lumrah yang diterima
pakai. Kehidupan homoseks dan lesbian sudah mendapat pengiktirafan pemerintah. Dan perkara ini
sudah menjalar kepada masyarakat kita. Kesannya dimanifestasikan dengan berlakunya gejala sosial
yang semakin membimbangkan. Buang bayi, bohsia, bohjan, seks rambang dan yang lainnya adalah
antara rentetan peristiwa yang menggegar negara.

Jika dihitung banyak lagi contoh lain yang menunjukkan Islam kena hidup ditengah kehendak dan
selera masyarakat.,Jika ada orang yang menentangnya lalu dicop sebagai extrimist atau pelampau atau
orang yang ketinggalan zaman. Masyarakat akan memandang serong jika ada individu-individu yang
cuba mengamalkan Islam sepenuhnya.

Bukankah Islam datang membawa rahmat kepada sekian alam. Islam sudah sempurna dan sesuai
diamalkan dalam sebarang zaman. Sepatutnya Islam yang menentukan arah mana zaman akan pergi.
Masyarakat kena ikut Islam, bukan Islam kena ikut kehendak masyarakat. Masyarakat boleh hidup
biasa dalam sebarang zaman selagi segala bentuk amalan kehidupan mereka tak bercanggah dengan
Islam.

Konsep halal dan haram, hak dan batil, dan amar makruf nahi mungkar menjadi panduan
kehidupan manusia. Jika ada perkara-perkara baru dalam masyarakat yang tidak ada nas dalam Quran,
di sana dibenarkan ijtihad. Itu pun ijtihad bukan mengikut hawa nafsu tetapi ijtihad yang dilakukan tidak
lari dari roh dan semangat Islam itu sendiri. Sebab itulah Islam sesuai dengan sebarang zaman.

"Pada hari ini telah Akuu sempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Aku cukupkan kepadamu
nikmat Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu." (al-Maidah: 3)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...