followers

Rabu, 31 Ogos 2011

Komik Pengajaran

Klik pada komik untuk besarkan



1

2


3

4


5





6



7




8


9


10


11

12




Jumaat, 19 Ogos 2011

Jihad Cinta Mardhatillah bahagian 7&8



7

Pagi itu masih berona gelintin. Langit kelihatan mengheret perlahan-lahan sang mentari dari balik bukit. Jam menunjukkan tepat pukul enam setengah. Pak Yusof sudah bergerak ke kedai runcit seawal jam enam pagi selepas solat subuh tadi. Hazriel mengikat tali lehernya dengan kemas di hadapan cermin. Memakai blazer yang dipinjam daripada Rizal, dia mula berangan sebentar kala menghadap kaca pantulan itu.

“Emm.. ayah, Hazriel ada perkara sikit nak kasi tahu ayah ni,”


“apa dia?,” respon Pak Yusof yang ketika itu sedang duduk bertafakur selepas solat maghrib


“esok ada Kem Penulis Muda dekat SMK Naning. Kem tu akan diadakan selama tiga hari. Hazriel juga ada mengambil penyertaan. Sekarang cuma perlukan keizinan daripada ayah saja. Hazriel harap ayah izinkan,tapi kalau tak boleh tak mengapalah… Ini borangnya yah,” Borang Hazriel hulur. Dia ragu-ragu dalam menutur setiap bait katanya. Dia takut perkataannya menyinggung perasaan orang tua itu.  Pak Yusof mencapai borang itu dan menilik sebentar. Dia tidak menunjukkan sebarang respon mengiyakan atau menidakkan. Air mukanya tenang namun siapa tahu di sebaliknya, sukar ditebak. Dia lalu mendongak ,menilik wajah puteranya.


“baiklah, Ayah izinkan,” Pak Yusof senyum dalam diksinya. “Buat masa ni, ayah tak akan halang apa-apa pogram yang kamu mahu sertai. Tapi ingat ,jangan sia-siakan peluang yang ada di hadapan mata ni. Kutip dan cedok segala ilmu semana mampu dan ratinkannya di dalam kalbu,” tambah Pak Yusof lagi sambil menurunkan tandatangan di satu sudut kanan kertas. Puitis bahasanya sastera. Hazriel tersengih-sengih . Dia mengagumi sejenak diksi pesanan dari ayahnya itu. “Terima Kasih ayah,”…….

Ayam berkokok menyentak lamunannya di hadapan cermin di pagi itu. Seketika dia teringat dialog dengan ayahnya malam tadi. Hazriel menarik zip beg pakaian yang telah di kemas.


Hazriel salam dan cium tangan ibunya yang duduk selesa di atas kerusi roda. “Ummi, esok ayah kata nak bawa ummi ke klinik untuk terapi kan?, Ana doakan ummi Berjaya ya,” Hazriel memberi harapan.


“ya,.. esok pagi mungkin. Insya Allah ,Mudah-mudahan,” respon Ummuhu ,nada sedikit mengeluh.


“Ok lah ummi, ana jalan dulu ya.. Assalamualaikum,” ucap Hazriel seselesai menyarung kasut sekolah.


“baiklah, jalan baik-baik. Belajar betul-betul. Jaga diri dan jangan tinggal solat,Wa’alaikumussalam” Pesan Ummuhu persis wasiat.



“Insya Allah,” ringkas respon anak itu. Ummuhu melontar senyuman manis buat bekalan puteranya. Hazriel juga membalas senyuman dan lambaian. Dia mula menapak. Ummuhu yang bersandar selesa di badan kerusi roda di muka pintu yang ternganga hanya mampu memandang ke jihat anaknya yang kian menjarak jauh . Sayu durja ibu itu.




Pagi yang limun kini sudah cerah sedikit. Kira-kira hampir jam tujuh pagi itu awan juga sudah mula dironda burung-burung yang mencari sarapan. Hazriel yang baru sahaja sampai di tapak perhimpunan yang masih lenggang merapati seorang pelajar berkaca mata bingkai putih yang sedang duduk di atas sebuah bangku. Dia lalu duduk sebelah pelajar tersebut.

“Assalamualaikum Emir!, dah lama sampai?,”sergahnya tiba-tiba


“Wa’alaikumussalam,… eh,? Hazriel ! .. terkejut aku tau. Ish kau ni, kalau aku ada penyakit jantung tak tahulah apa nasib aku. Lain kali tegur pelan-pelan,... emm, dah lama juga aku lepak sini,dari gelap langit tu, sampai terang sekarang. Berlatih menulislah, aku bukan pandai macam kau,” Respon Emir, nada sedikit menyindir namun tiada maksud dalam hatinya, sekadar mengagumi sahabatnya itu.


“Eh, tak adalah.. kau pun seorang yang hebat apa. Aku berasa sangat rendah diri bila duduk di sebelah kau. Hah, Rizal dan yang lain-lain mana?,” Hazriel cuba menyeimbangkan perbualan dengan soalan.


“Mungkin dia tengah panggil dua orang pelajar dari tingkatan dua yang akan ikut kita nanti.. Hah~, itu pun Ustaz Ammar dah sampai. Dialah yang akan bawa kita ke sana nanti,” Emir menjawab. Dia tiba-tiba ternampak Ustaz Ammar, Guru Penasihat Kelab Redaksi Sekolah menghampiri dengan sebuah Proton Exora. Tingkap automatik dia buka. Hazriel dan Emir berdiri. “ Assalamualaikum Ustaz!,” Ucap mereka ,hormat.


“Wa’alaikumussalam ya Shabab…,Kaifahalukum? Mana yang lain? Dah sedia belum?,” respon Ustaz berhemah


“Nahnu bikhair, Alhamdulillah,” Seloroh mereka berdua serentak.


“Mereka dalam perjalanan ke sini agaknya Ustaz, Sebentar lagi sampai lah agaknya,” Emir mencelah


“Insya Allah Ustaz, tak sabar-sabar rasanya hendak ke sana,” Hazriel menyatakan pendamnya.


“Baguslah, Ustaz mahu semangat kamu hari ini berkekalan ya, jangan hanya hangat-hangat tahi ayam saja,” nasihat ustaz Ammar.


“Insya Allah Ustaz,doakan kami ya,”



“Assalamualaikum semua! Maaflah terlewat sedikit,”  suara dan raga Rizal akhirnya muncul seketika kemudian. Hadirnya bersama dua orang pelajar tingkatan dua, Faiz dan Rosman, Pelapis Majlis Tertinggi Kelab Redaksi Sekolah yang juga akan bersama-sama mereka di sana.







8
Kereta Proton Exora hitam meluncur sederhana di atas jalan raya menuju ke daerah Alor Gajah. Ustaz Ammar membawa lima orang pelajar daripada SMKA Sultan Muhammad bagi mendaftar seterusnya menyertai Kem Penulis Muda Peringkat Negeri Melaka di SMK Naning yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini. Waktu itu, jarum jam tepat ke angka lapan.





Sebaik sahaja sampai di perkarangan sekolah tersebut, mereka berlima keluar dari perut kereta dan menuju ke bilik pendaftaran. Kelihatan ramai peserta dari sekolah lain sudah tiba lebih awal. Antara sekolah-sekolah lain yang juga menghantar wakil adalah dari SMKA Sharifah Rodziah, SMK Seri Pengkalan,SMK Dato’ Dol Said, SMS Muzaffar Shah, SMK Nyalas, Maahad Tahfiz Chenderah dan SMK Naning sendiri sebagai tuan rumah. Setiap sekolah menghantar 5 orang wakil jadi jumlah keseluruhan peserta adalah 40 orang. Mereka kemudiannya diagih-agihkan ke bilik masing-masing di asrama di mana tempat mereka akan bermalam.



Hazriel dan rakan-rakannya sedang meletak dan mengemas barang-barang mereka di dalam bilik . Selepas ini mereka perlu bergegas ke dewan untuk mendengar taklimat daripada Kem Komanden. “ Hazriel, Emir,… jom lah cepat ke dewan, Faiz, Rosman,… kamu pun sama,…,” ajak Rizal yang merupakan ketua wakil SMKA Sultan Muhammad. “Ok Ok!,” respon Emir. Yang lain hanya diam dan mempercepat siapkan aktiviti masing-masing dan terus bergerak ke Dewan SMK Naning bersama-sama.


Pelajar-pelajar SMKA Sultan Muhammad memang dikenali dengan kekemasan serta akhlak mereka yang tinggi. Sebetulnya mereka sangat pandai berlakon. Namun sesetengahnya ada juga yang memiliki keperibadian itu secara asli. Hazriel, Rizal, Emir, Faiz ,dan Rosman , kemas beruniform masuk dalam dengan blazer hitam berlambang sekolah. Mereka mengambil tempat duduk paling hadapan oleh sebab mendatangkan diri paling awal. Beberapa minit kemudian, suasana di dalam dewan itu mulai bising, diwara-wirikan nada peserta-peserta yang berbual kosong dalam pada menanti ketibaan Kem Komanden.


“Para peserta diminta bertenang dan diam. Sebentar sahaja lagi taklimat akan dimulakan,” umum seorang lelaki berkaca mata,rambutnya tersikat kemas seperti watak Clark Kent semasa menjadi Superman. Mungkin dia lah Kem Komanden tersebut.


Hazriel menoleh sekeliling. Sekejap menukar pandangan ke kiri, sekejap menukar pandangan ke kanan. Dari kiri, dia dapat melihat Rizal dan Emir membuat hal masing-masing. Mereka tidak gemar berbual kosong,lebih cenderung membelek-belek nota kecil yang dibawa mereka ke mana-mana. Hazriel mengangkat kening kemudian menurunkan sambil menghembus nafas. Dia menoleh pula ke kanan. Dilihatnya Faiz dan Rosman juga tidak cenderung untuk berborak-borak,lebih gemar melakukan hal masing-masing di waktu terluang itu. Jauh merentas pandangan, dari arah kanannya juga terdapat peserta-peserta perempuan di tempat duduk mereka. Semasa menoleh ke kanan dia ada tertangkap pandang pada peserta-peserta perempuan namun cepat-cepat dia menarik kepalanya he hadapan semula.



Peserta-peserta perempuan dari SMK Seri Pengkalan baru tiba. Mungkin atas sebab tertentu mereka terlewat sedikit. Najwa, Hanani, Athira, Hazirah, dan Najiha , bergerak pantas menuju ke dewan setelah melangkah agak jauh dari bilik asrama tempat mereka bakal bermalam. Najwa berjalan mendahului melangkah masuk ke dewan yang agak riuh waktu itu. Taklimat masih belum dimulakan. Najwa dan rakan-rakannya menghembus karbon dioksida lega. Namun mereka juga merasa sedikit kesal apabila mendapati hanya tempat duduk yang terkebelakang sekali yang kosong.


“Nasib baik sempat,” nada Hanani sedikit tercungap, penat agaknya berjalan pantas.


“Belakang pun belakang lah,.. mari duduk,” ajak Athira. Mereka lalu mengambil tempat duduk masing-masing. Sebaik sahaja mereka penuhi kerusi, taklimat dimulakan penuh hemat.


“Bismillahirrahmanirrohim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan Salam Sejahtera semua~,” kalam Kem Komanden itu dimulakan. Dia kelihatan tenang, kiam sambil menggenggam mikrofon.


bersambung.... 


Ramadhan





Ramadhan...

Bulan Tarbiyyah,

Bulam Madrasah,

Bulan di mana sabar diasah....


Tanpa hadir licik Sang Syaitan,

yang biasa tak lekang membisik hasutan....

moga mudah laksana ibadah...

namun...

Tika kalbu masih dibelenggu nafsu,

apakah dapat ku selak....

jidar lailatul qadar?


apakah dapat ku serap....

semangat pahlawan Badar?


Ku sedar diriku penuh noda dan dosa,

Justeru..... 

Pingin ku pungut lambakan ampunan dari yang Esa

Sememangnya aku....

menagih secangkir rahmat daripada-Nya

.......Mujur....

Dia kurniakan Ramadhan

yang datangnya...

menatang Rahmah,

yang tibanya....

membawa maghfirah,

yang hadirnya.....

membuka lebar Pintu Syurga,

Alhamdulillah~~~

Sabtu, 13 Ogos 2011






Keajaiban Al- Quran~


2

3

4


5


6


7


Jumaat, 12 Ogos 2011

Jihad Cinta Mardhatillah bahagian 5&6


5
Rehat tamat. Athira mengambil tempat duduk sebaik sahaja masuk ke dalam kelas. Dia memulakan penyesuaian atmosferanya, menarik nafas baru selepas selesai bersantap di kantin sebentar tadi. Tiba-tiba, kelibat Najwa muncul di sisi mejanya menghulur sehelai kertas, borang barangkali.


“ Nah Tira,. Ni borang kebenaran ibu bapa untuk ke Kem Penulis Muda kat SMK Naning . Tadi saya terserempak dengan Cikgu Khadijah masa dalam perjalanan balik ke kelas. Dia maklumkan masih ada kekosongan untuk penyertaan. Jadi saya ambilkan borang ni untuk awak,”


Athira kesima seketika. Tanpa berkata apa dia menggerakkan tangan kanannya, mencapai borang dari tangan Najwa dengan sopan. Matanya terkelip-kelip seakan-akan tidak percaya. Senyum, bingkas dari kerusi lalu memeluk sahabatnya itu.


“ Wawa…! Terima Kasih.. Terima kasih sangat-sangat…! Saya memang nak sangat  pergi Kem Penulis Muda ni tau. Nasib baik saya ada kawan baik macam awak. Terima kasih ya Nabiha Najwa!,” Luahan Athira ada rima terharu dalam kontennya.



Najwa merupakan antara orang penting dalam pentadbiran pelajar sekolah. Dengan memegang jawatan Pengerusi Kelab Redaksi, dia mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana pelajar jika ada apa-apa pogram atau kem di dalam atau di luar sekolah perlukan penyertaan pelajar. Dan sudah tentulah yang sering bernasib baik adalah rakan-rakan baiknya. Memang beruntung berkawan dengan Pemenang Anugerah Penulis Muda Kebangsaan ini.



“ emm....Sama-sama... sekarang dah dapat, kat sana nanti buat betul-betul tau,”Najwa menarik kerusi untuk duduk.


Athira juga duduk semula “Baik Bos!, hehe,” ceria saja kondisinya tika ini.



“Oh ya, Tira.. Cikgu Khadijah pesan.. esok mesti dah siap sedia kat tapak perhimpunan sebelum pukul  tujuh setengah pagi sebab pukul lapan kita dah kena ada kat sana. Cikgu akan hantar kita,” Najwa menambah dengan hemah bicara pada Athira.



“Ok Wawa!... emm, Nanti  jangan lupa sediakan satu puisi yang puitis dari gramatis untuk saya jadikan panduan ya,..hihi,” cebik Athira dengan nada gurauan.



Najwa hanya tersenyum memandang rakannya itu . Dia masih dalam ruangan emosi tidak stabil. Dia lalu mengeluarkan pen bertinta hitam, menulis sesuatu dalam buku notanya yang berwarna merah jambu. Entah apa yang diluah gadis itu dalam bahasa bisunya. Mungkin kisah sedih, mungkin juga kisah gembira. Biarkanlah pena saja yang bercerita.



6
Kondisi malam itu sunyi. Hanya kedengaran sang cengkerik memetik gita gemersik.  Sesudah selesai menunai solat fardu Isyak berjemaah bersama keluarga, Hazriel keluar menyarung selipar lalu menapak ke arah pondok buruk yang jauhnya hanya beberapa langkah dari pintu rumah. Dia duduk sebentar di situ. Termenung seketika, mengenang nasib agaknya.




Dia lalu melabuhkan badannya berbaring di teratak papan tersebut . Pandangannya kini tepat ke jihat  langit malam. Terlihatlah bintang juta bersinar terang menyinari alam malam. Kelihatan bulan sabit juga memancar cahayanya.




Dalam kelam, Hazriel lalu mengeluarkan sebatang kalam dari beg sekolahnya yang sengaja ditinggalkan di situ setiap kali pulang dari sekolah. Suasana begini sememangnya menggamit idea. Atas sehelai kertas ,dalam cahaya samar pelita dia menukil sebuah puisi



Malam sunyi berbulan sabit,
Suram sepi tanpa bicara
Indah nian dikau Sang Langit,
Di hias dengan bintang kejora….


Di kala ini
Angin yang meniup sayup
Tak mampu ku lihat
Namun dapat ku rasa
Dia membelai.

Tak terungkap pada pena,
Tak tersingkap pada kalam,
Tinta terdiam
Tak tercerita
Maha Suci Pencipta Semesta
Begitu indah Engkau mencipta
Noktah!~


 Merebahkan pena. Puisi itu dia letak di sisi kanan . Hati tenangnya tercakna sejenak. Hazriel memejam mata menghayati dingin angin bertiup lembut membelai romanya malam itu. Lama juga dia bersantai.



“Assalamualaikum Akhi~! ,” tiba-tiba suara Qistina mampir ke sisi telinganya, memotong ekspresi tekun.



“Wa…wa’alaiumussalam dik,.. buat apa kat luar malam-malam ni? Kerja sekolah dah siap?,” seloroh Hazriel tanda prihatin.



Baru-baru ini, adik-adik Hazriel telah mendapat perhatian daripada Datuk Husien. Mereka berdua telah didaftarkan ke sekolah berasrama . Qistina di Maahad Ehya El-Karim Tanjung Bidara, dan Mikael di sekolah Tahfiz Baitul Qura’ Sungai Udang. Segala jenis yuran dan keperluan ditanggung penuh oleh Datuk Husien. Minggu ini merupakan minggu balik kampung bagi mereka, jadi pada minggu ini mereka dapat bersama dengan keluarga di rumah. Nampaknya hari-hari persekolahan biasa terpaksalah Hazriel sendiri menjaga ibunya. Ibunya kini sudah tidak ada masalah untuk bergerak ke sana ke mari kerana sudah dibelikan kerusi roda. Semakin hari, semakin mudah urusan setiap anggota keluarga ini sekarang. Alhamdulillah.



“Ana nampak akhi keluar lepas solat Isyak tadi ,ingatkan akhi pergi manalah… kerja sekolah baru siap sikit, masih ada yang ana tak faham lah. Nak minta akhi tolong ajarkan boleh?,”




“Insya Allah, nanti akhi ajarkan ya,” tenang Hazriel mempuncakuasakan soalan adiknya itu.






“Akhi pula buat apa kat luar ni?,.. Akhi…. tulis apa tu?,” mata Qistina melirik ke jihat kertas di sisi kanan Hazriel.






“emm… entah, Akhi pun tak tahu akhi buat apa kat luar malam-malam ni. Cuba Qis tengok atas sana,” Jari telunjuk Hazriel lurus ke angkasa. Qistina mendongak.




“Subhanallah! Cantiknya Akhi~! …banyaknya bintang. Emmm , patutlah akhi suka benar duduk di luar waktu-waktu begini,”cebik Qistina. Dia terpukau seketika memandang langit malam.






“ itulah yang akhi tulis,” Hazriel menghulur warkah berpuisi tadi pada adiknya. Qistina senyum. Dia melipat kecil kertas itu lalu di masukkan ke dalam poketnya. Di saat itu dia tidak dapat membaca kerana suasana yang kelam,,esok mungkin dia membelek warkah keramat itu.




“ Bagi ana ya kertas ni,hihi,” usik adik pada akhinya.




Hazriel mengiyakan dengan anggukan serta senyuman.

bersambung...




Qiamullail dan Tahajud Rasulullah s.a.w



Fadilat qiamullail

Firman Allah:

"Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji." 

(79: al-Israa)

Tahajjud adalah kewajipan khusus bagi Nabi s.a.w.

Daripada 'Aisyah r.a beliau berkata: Nabi s.a.w bangun berqiamullail sehingga bengkak2 kaki2nya." Aisyah pun bertanya "Kenapa engkau beribadah sebegini ya 
Rasulullah sedangkan dosa2 engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?" Rasulullah s.a.w pun bersabda:

"Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur." (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)


Nabi s.a.w bersabda:

"Sebaik2 lelaki adalah Abdullah sekiranya dia sembahyang malam." (Hadis sahih riwayat bukhari dan muslim)

Nabi s.a.w bersabda:

" Sebaik2 puasa lepas puasa ramadan adalah puasa pd bulan2 haram.Dan sebaik2 sembahyang selepas solat fardu adalah solat malam" (Hadis sahih riwayat Muslim)

Sabda Nabi s.a.w:

"Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyanglah malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya." (Hadis hasan sahih riwayat at-Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:

"Hendaklah kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang2 yang solih, mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa2 dan menegah diri dari maksiat." (Hr Hakim)

Sebab apa tidak mampu solat malam?

Telah disampaikan cerita seorang lelaki yang tido malam sampai subuh dan tidak bangun solat malam. Nabi s.a.w bersabda:

"Lelaki itu syaitan telah kencing di kedua belah telinganya." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Fudail bin Iyad telah berkata:

"Apabila kamu tidak mampu untuk qimaullai; dan puasa sunat pada siang hari maka ketahuilah sesungguhnya kamu telah dibelenggu dengan maksiat yang 
kamu lakukan."

Adab2 Berqimullail

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Sunat sesiapa yang bangun pada waktu malam untuk sapu muka, bersugi, memandang langit danmembaca ayat 190 - 200 surah Ali Imran. Ini disebut dalam hadis sahih riwayat bukhari dan Muslim (763).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Disunatkan membuka solat malam dengan dua rakaat yang ringan. 'Aisyah berkata:

"NAbi s.a.w apabila bangun malam untuk solat tahajjud, baginda membuka dengan dua solat yang ringan." (Hadis sahih riwayat Muslim No 765)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Disunat solat malam dgn memberi salam setiap dua rakaat dan diakhiri dgn solat witir satu rakaat. Ibnu Umar berkata:

"Nabi s.a.w sembahyang malam dua rakaat dua rakaat dan melakukan witir satu rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4. Solat malam sebelas rakaat. 'Aisyah r.a. berkata:

"Nabi s.a.w solat qiamullail sebelas rakaat" (Hadis sahih riwayat Bukhari)

'Aisyah berkata:

"Nabi tidak pernah solat malam -pada bulan ramadan dan lainnya- lebih dari sebelas rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
5. Disunatkan memanjangkan bacaan pada solat malam. 

Rasulullah s.a.w ditanya solat yang paling afdal. Baginda menjawab:

"Panjang berdiri" (Hadis sahih riwayat Muslim)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6. Disunatkan menyederhanakan suara ketika solat sunat malam. Tidak kuat dan tidak perlahan. Firman Allah:

"Dan janganlah engkau kuatkan suara mu dalam bacaan solat dan jangan engkau perlahankan. Bacalah dengan sederhana yang diantara kuat dan perlahan." (110: 
Al-Isra)

Ulama mazhab Syafie mentafsirkan solat disini dgn solat sunat malam.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7. Disunatkan berbaring apabila terasa sangat mengantuk ketika solat malam.

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila seseorang itu mengantuk ketika dalam solatnya maka hendaklah dia berbaring sehingglah hilang mengantuknya. Maka sesungguhnya seseorang sedang mengantuk hendak beristigfar tetapi dia memaki dirinya sendiri." (hadis sahih riwayat Bukhari No 209 dan Muslim No 786)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8. Disunatkan mengejutkan suami atau isteri untuk bangun malam.Nabi s.a.w bersabda:

"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam untuk solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia renjiskan dgn air di mukanya. Allah merahmati seorang wanita yang bangun untuk solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia merenjiskan muka suaminya dgn air." (hadis Abu Daud dgn sanad yg sahih)

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila seortang lelaki mengejutkan isterinya pada waktu malam dan keduanya solat malam maka ditulis daripada golongan "azzakirin dan azZakirat." (Hr Abu
Daud dan Ibnu Majah No 1336 dgn sanad yg sahih)

# oleh itu pilih lah pasangan yg bangun malam untuk solat bukannya bangun tengok tv, main game, sembang2 kosong atau sekadar qada hajat je. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9. Solat malam lah dgn istiqamah walaupun sedikit. Apa yg disebut disini adalah yg sempurna. Kalau tidak mampu buatlah walaupun satu rakaat solat witir. Nabi s.a.w ditanya tentang amalan yg paling disukai oleh Allah. maka Baginda menjawab:

"Amalan yang paling kekal walaupun ianya sedikit." (Hadis sahih riwayat Bukhari no 6096 dan Muslim No 783)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10. Disunatkan memperbanyakkan istigfar dan doa ketika mana bangun malam.

Firman Allah:

"Dan orang2 yang beristigfar pada waktu sahur" (17: Ali Imran)

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguh tuhan akan turun pada setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Siapa yg berdoa akan ku perkenankan. siapa meminta akan ku berikan dan siapa yang beristigfar akan ku ampunkan."(Hadis sahih riwayat Bukhari No 1094 dan Muslim No 758)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
11. Seeloknya seorang itu berniat sungguh untuk bangun qiamullail ketika hendak tidur supaya dia mendapat pahala qiam sekalipun tidak bangun. Sabda Nabi s.a.w:

"Sesiapa yang mendatangi tilamnya dalam keadaan dia berniat hendak bangun solat malam dan dia terlajak tidur sehingga subuh maka ditulis pahala apa yang diniatkan.Tidurnya itu adalah sedekah dari tuhannya." (Hadis riwayat Imam Nasaie dan Ibnu Majah No 1344 dgn sanad sahih diatas syarat2 Imam Muslim)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12. Disunat menqadakan solat malam yg tertinggal. Baginda bersabda:

"Sesiapa yang tertidur dari melakukan amalan malamnya dan dia lakukannya diantara solat subuh dan solat zuhur maka ditulis pahalanya seolah2 dia melakukannya pada waktu malam." (HAdis sahih riwayat Imam Muslim)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------
13. Makruh mengkhususkan qiamullail pada malam Jumaat sahaja.

Sabda Nabi s.a.w:

"Janganlah kamu mengkhusukan qiamullail pada malam jumaat." (Hr Muslim No 1144- sahih)
#Ini yg banyak dilakukan oleh masyarakat melayu kita dan menyedihkan termasuklah pelajar2 agama sendiri.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
14. Disunatkan meniru cara qiamullail Nabi Daud a.s. Sabda Nabi s.a.w:

"Solat yang paling dikasihi adalah solat Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud. Baginda tidur ditengah malam, bangun disepertiga yg akhir dan tidur semula sepernam yg terakhir. Baginda puasa sehari dan tidak puasa sehari. (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Maksudnya disini puasa sunat dan solat malam. Puasa ramadan mana boleh buat camtu.hoho.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15. Cara Nak bangun awal pada waktu tertentu hendaklah membaca akhir surah kahfi dan niat dan minta pd Allah untuk bangun pada waktu tertentu.
------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
---------------------------
------------
------
--
-
.
Rujukan: Al-Muktamad Fil Feqhis Syafie oleh Dr Muhammad Zuhaili dan Riadus Solihin oleh Imam Nawawi.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Perjalanan Masa Sebenar Dunia~

part1



part 2




Antara yang pasti akan dihadapi oleh umat manusia iaitu;


                                                           1) Kepastian konpirasi politik.
2) Kepastian pembohongan sejarah.
3) kepastian pengaruh penyembahan syaitan.

Bersiap sedialah kalian dengan sama-sama mengukuhkan keimanan kepada Allah SWT sepenuh hati. Aminn~

LIMA RESEPI PENAWAR STRESS~





1. Membaca Al Qur'an dengan disertai pemahaman maknanya.

Al Qur'an adalah bacaan yang paling sesuai dalam segala suasana. Pada saat
kita gembira, maka peringatan-peringatan yang ada dalam Al Qur'an akan
mampu menjadi pengerem agar kita tak lupa diri. Demikian pula halnya pada
saat kita sedih, maka dengan membaca Al Qur'an terasa sekali dalam lubuk
hati kita sentuhan kesejukan dari Firman Allah SWT. Kala kita gagal dalam
mencapai sesuatu, maka pesan-pesan dalam Al Qur'an akan mampu menawarkan
kesedihan yang ada dalam hati kita. Dengan membaca Al Qur'an, semangat
yang hampir pudar karena kegagalan insya Allah akan berangsur pulih kembali.

Firman Allah dalam surat Al Israa' ayat 82

" Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat
bagi orang-orang yang beriman ...."


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Berdzikir yang lama.

Allah SWT berfirman

" ..ingatlah, hanya dengan mengingat Allah.lah hati menjadi tenang "
QS. Ar Rad 28

Kenapa dengan berdzikir ?
Sebab dengan mengingat Allah, maka timbulah tawakkal dan penyerahan diri
kita kepada Allah. Dan kalau toh apa yang hendak kita raih tersebut luput
terpegang tangan, maka dengan kembali mengingat Allah, sadarlah kita,
mungkin apabila keinginan kita tersebut terkabul, justru mudharotlah yang
datang. Dengan demikian yang muncul bukanlah rasa kecewa dan penyesalan,
akan tetapi justru syukur yang dalam pada Allah. Bukankah Allah yang
paling mengetahui keadaan dan kemampuan kita ?
 ---------------------------------------------------------------------------------------------

3. Puasa.

Salah satu hikmah puasa, disamping dapat menimbulkan perasaan sosial terha-
dap sesama, adalah untuk kesehatan. Bukti-bukti cukup banyak, bahwa orang
orang yang mengidap mag, malah sembuh bila berpuasa, padahal menurut ilmu
kedokteran seharusnya orang yang mengidap mag menjaga makannya agar teratur
dan tidak telat. Penulis sendiri juga mengalami, gangguan pencernaan yang tak kunjung
reda, malah sembuh dengan membiasakan puasa sunah.Ditinjau dari segi kejiwaanpun puasa
ternyata mempunyai efek yang baik sekali. sebab dengan puasa, secara tidak langsung
seseorang dilatih untuk dapat mengendalikan tuntutan hawa nafsu yang cenderung untuk
melakukan hal-hal yang sesat.Dilain pihak, dengan berpuasa, seseorang akan jadi merasa
lebih dekat dengan Allah, sehingga merasa lebih aman dan tenteram.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Solat malam.

Shalat tahajut, meskipun tidak wajib, tetapi sangat dianjurkan untuk melakukannya. Banyak ayat dalam Al Qur'an yang menujukkan betapa penghargaan Tuhan
terhadap hamba-hambaNya yang datang menemuiNya, pada saat hamba-hamba yang
lain lelap dalam tidur. Allah menjajikan, terhadap orang-orang yang berse-
gera menuju keridhaanNya, suatu derajat yang tinggi.


" Dan pada sebagian malam hari bersembahyang tahajutlah kamu sebagai suatu
ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat
yang terpuji "
QS Al Israa' 79

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Mengunjungi saudara sesama muslim.

Banyak sekali hikmah yang dapat dikaji dari silaturahmi terhadap sesama saudara muslim ini.
Dengan bersilaturami, maka ukhuwah yang hampir retak akan kembali utuh.
Dengan bersilaturami, maka berbagai persoalan yang membelit kepala insya
Allah akan dapat dicarikan penyelesaiannya. Dengan bersilaturahmi, kita
dapat saling berbagi suka dan duka, berbagi kesedihan, mencurahkan pera-
saan, sehingga beban berat yang menghimpit, akan terasa lebih ringan,
karena kita tidak sendiri. Disamping itu, saling pesan dalam kebenaran dan
kesabaran hanya mungkin terlaksana apabila tali ukhuwah tetap terjalin.
Tersebut dalam Hadist riwayat Abu Dawud, Rasulullah SAW bersabda;-

" Diantara hamba-hamba Allah ada sekelompok orang yang bukan nabi dan
syuhada, tetapi para nabi dan syuhada merasa tergiur dengan keadaan mere
ka,karena kedudukannya yang mulia di sisi Allah.  Para sahabat bertanya,
" Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu ?". Jawab baginda : "Mereka adalah
sekelompok orang yang memadu cinta kasih dalam mencari keridhaan Allah,
yang diantara mereka tidak ada hubungan kerabat dan tidak ada tujuan
duniawi. Demi Allah, wajah mereka bercahaya, sedangkan mereka tidak
merasa khawatir dan takut ketika  orang lain dilanda perasaan khawatir dan
takut. Mereka tidak berduka cita ketika orang lain menderita "

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demikianlah para jamaah, lima macam resep pengusir kegundahan hati.
Insya Allah bila kita dapat melaksanakan salah satu dari ke lima diatas, Allah
akan menghapus segala kesedihan dan kegundahan dari hati kita.
Akhirnya, marilah kita berdoa agar Allah senantiasa memberi kita kekuatan,
memberi kita kelapangan, sehingga kita dapat meniti kehidupan ini dengan
segala perasaan damai, dengan tenteram dan dijauhkan dari persoalan-persoalan
yang membelit jiwa.

Marilah saudaraku, kita datangi apa yang disunahkan Allah setelah kita melaksa-
nakan apa yang diwajibkanNya. Insya Allah, dengan memperbanyak melakukan yang
sunnah akanlah dapat kita rasakan, bagaimana sejuk dan manisnya buah iman,
sehingga agama yang kita peluk ini, tidak tampak sebagai rentetan kewajiban dan
larangan, saja, akan tetapi penyejuk hati yang amat diperlukan setiap insan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...