followers

Sabtu, 6 Ogos 2011

Jihad Cinta Mardhatillah- Bahagian 3&4






3
Hazriel menjenguk ke luar tingkap, terlihat awan pagi berona nilakandi tergantung megah di langit indah ciptaan Allah. Dia lalu mencapai kasut sekolah yang terletak di atas rak berdekatan pintu. Selepas lengkap kakinya dimakan kasut,tidak membuang masa dia terus bergegas cergas menapak ke sekolah.

Hari baru,azam baru. Hazriel melangkah masuk ke kelas menatang keyakinan bugar seperti ikan segar yang baru diborong dari pasar. Dia tersenyum melihat rakan baiknya, Rizal yang sudah sampai lebih awal daripadanya. Merapati Rizal yang sedang leka menilik sebuah buku, Hazriel menarik badan kerusi lalu melabuhkan punggungnya di situ. “Assalamualaikum Rizal, Sobahul khair,” sapa pertamanya didiksikan dengan senyuman. “Wa’alaikumussalam, Sobahunnur. Ceria nampak sahabat? Ada berita baik ka?,”
“Mana taknya, dana dan aset yang bapa kau beri pada ayah aku untuk memulakan perniagaan kecil kecilan ternyata membuahkan hasil. Alhamdulillah.. ini secara tidak langsung meringankan bebanan kos perubatan untuk pemulihan ibu aku,”

“Alhamdulillah, baguslah kalau begitu..Aku tumpang gembira,”

“Emm… kalau bukan sebab kau,belum tentu aku dan ayah aku dapat mulakan perniagaan ni..terima kasih sahabat,..aku tak tahu  macam mana nak balas budi baik kau…,”

Sejurus pulang daripada melawat keluarga Hazriel bersama ustazah Mariam tempoh hari, Rizal mengambil masa bertemu dengan bapanya,Datuk Husien. Rizal menceritakan jelas-jelas perihal sahabatnya itu. Mujurlah Datuk Husien seorang yang memahami  dan prihatin. Begitu pemurah, diberinya beliau aset bagi ayah Hazriel memulakan perniagaan kecil-kecilan. Menjual barang-barangan runcit. Dengan usaha yang dilakukan ini, dapatlah sedikit sebanyak mengurangkan segala bebanan yang menghantui keluarga Hazriel selama ini .Bagi Datuk Husien, adalah lebih baik dirinya memberi pancing daripada memberi ikan. Kewibawaan dan kebijaksanaan Datuk Husien menjadikan dirinya disukai ramai. Datuk Husien juga adalah seorang yang kuat pegangan agama dan sering terlibat dalam aktiviti keagamaan di sekitar Bandar Batu Berendam. Memang susah mencari pemimpin berjiwa islam marcapada ini. Jika adapun satu dalam seribu.

“tak mengapalah…siapalah aku sebagai sahabat jika hanya berdiri melihat kesusahan kau.., Eh.. Hazriel, aku dah letak nama kau kat senarai peserta Kem Penulis Muda Peringkat Negeri di SMK Naning. Kita bertolak jam 7 pagi esok. Borang kebenaran ibu bapa akan diedar waktu rehat nanti,”

“Eh..!  kenapa main letak je nama aku ?..,”

“Sudah gaharu,cendana pula, Sudah tahu bertanya pula… kau kan penulis karangan terbaik sekolah,..tahun lepas karangan kau dah diterbitkan dalam akhbar Metro,..dah,jangan nak dalih lagi,…aku tak kira,kau kena teman aku pergi ..hihi,”

“yeke masuk Metro? Kenapa aku tak tahu?...owh lupa pula…aku mana ada wang nak beli surat khabar,..tapi siapa yang suka-suka menghantarnya tanpa pengetahuan aku?... ,”

“Siapa lagi .. Emir la…, mungkin dia lupa nak kasi tahu kau… kan kau yang bagi dia teks pidato untuk pertandingan pidato Piala Diraja peringkat kebangsaan tu.. dan dia berjaya jadi johan. Apalagi..wartawan buat la kerja ,siarkan teks pidato tu. Esok Emir juga akan bersama-sama kita ke sana”

“ouh.. siapa lagi pergi?”

“ 2 orang lagi dari tingkatan 2 ..… tapi ada satu benda aku nak kasi tahu kau ni,… jangan terkejut pula, hehe..,”

“Insya Allah tak terkejut… apa dia?,”

“kau kenal kan Nurul Nabiha Najwa?”

“mana tak kenal, pemenang Anugerah Penulis Muda peringkat kebangsaan dari SMK Seri Pengkalan tu,.. aku suka baca karya-karya dia..dari situlah aku cari inspirasi bagi menulis … , hah.. kenapa dengan dia?,”

“Dia juga akan ke sana esok,…,”

“Be..Betul ke?!,”

…. “Bangun semua!...”
suara ketua kelas kuat menghentikan perbualan tersebut. Kelibat Ustazah Mariam masuk ke kelas dengan sopan gaya jalannya. “Assalamualaikum semua,” ucap ustazah beradab. “Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatu wamaghfiratu waridwan ya ustazah~,” nada serentak memecah sunyi seketika di pagi itu.


4
Berteleku seorang,selera makannya pada waktu rehat itu hilang. Najwa termenung muram bak cuka masam. Matanya tepat ke arah mee goreng yang baru dibeli sebentar tadi. Namun jihat pandangannya itu terjidar oleh dinding lamunan.

“Najwa, kenapa ni? Muram je. Ada masalah ceritalah..saya sedia mendengarnya,” rasa prihatin ditonjolkan Hanani tengah hari itu namun Najwa diam berdiksi bisu, tak terbuka mulutnya hanya menunduk ke bumi.

“Ohh.. ni mesti ada masalah dengan budak lelaki tu… emm dah la, lelaki semua sama saja. Suka mainkan perasaan perempuan. Jangan sedih-sedih,tak cun lah macam ni… emm, kalau ya pun sedih jangan la sampai membazir, kesian saya tengok mee goreng awak tu,kalau tak mau kasi saya,hehe,”

Najwa mengangkat kepala yang tertunduk  “ Nani… terima kasih sebab memahami,.. memang pasal Khai,.. saya dah tak tahan dengan perangai dia. Macam-macam kes dia buat kat sekolah,..baru saya sedar….saya suka dia sebab dia kacak dan pandai. Saya gagal menilai akhlak dia.Baru tadi saya minta putus dengan dia, muka dia selamba je macam tak kisah. Dia tak tahu ke saya dah mula sayangkan dia? Saya rasa dia memang tak ikhlas sejak awal. Menyesal saya terima dia dulu..,” Najwa bernada sedikit geram.

“ Dah.. lepas ni tak payahlah awak nak couple lagi,menyusahkan hidup je.” Nasihat Hanani .

“Tapi… saya rasa saya perlukan perhatian daripada seorang lelaki. Itulah yang memberi inspirasi pada saya untuk menulis. Saya buntu dan tak ada idea tanpa pencetus idea iaitu seorang lelaki yang menyayangi saya..,”

“tapi..awak tak rasa terlalu muda ke nak sayang-menyayang di zaman persekolahan ni… kita ada tanggungjawab belajar… utamakan belajar dulu Cik Wawa oi,bercinta tu nanti-nanti laa,”

“ Nani.. saya tak kata pun bercinta.. saya kata saya nak disayangi seorang lelaki.  Awak pun tahukan, ayah saya belayar entah ke pulau mana tak pulang-pulang sejak saya kecil dulu sampai sekarang. Tak pernah saya rasa kasih sayang dan bimbingan dia. Ibu kata dia dah meninggal tapi pusaranya tak juga pernah saya lawat. Saya buntu sekarang. Rasa tak semangat lah nak belajar kalau macam ni,” keluh Najwa, jauh ceritanya pergi.

“emm..tapi tak cukup ke disayangi seorang ibu ,awak?,”

“rasa disayangi ibu dan rasa disayangi lelaki adalah dua perkara yang tidak boleh disamakan. Ia seperti air laut dan air sungai biarpun nampak sama namun terpisah di rasa lidah..,”

“emm…suka hati awak lah Najwa…kalau berdebat dengan awak memang saya kalah..hehe.. apa-apapun,..jangan risau,..saya sentiasa sokong awak dari belakang,”

“Terima kasih ya Nani, awak lah sahabat saya yang paling baik,” Najwa tersenyum, lesung pipitnya terlakar di bucu mulut.

“Sama-sama… eh Najwa, berbual saja,masa rehat dah habis pun. Jom la gerak ke kelas,” ajak Hanani mesra.

Mereka bingkas dari bangku kantin.Najwa mencapai pinggan mee goreng yang tak terhabis itu lalu meletakkan ke dalam besen yang disediakan. Dia tidak menghiraukan langsung makanan tersebut. Mereka lalu bergegas ke kelas dengan cepat.

Najwa adalah seorang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka. Dia adalah seorang pelajar yang berkebolehan serta berbakat dalam bidang penulisan kreatif. Karya-karyanya sering disiarkan di majalah-majalah sekolah mahupun akhbar-akhbar pendidikan tempatan. Bakat yang terserlah ini melayakkan dirinya merangkul Anugerah Penulis Muda Peringkat Kebangsaan semasa dia di tingkatan dua lagi. Rupa paras yang menawan dan kepintarannya membuat dia digilai ramai lelaki tidak kiralah dari sekolahnya mahupun yang bukan dari sekolahnya.
Najwa memang seorang yang terkenal dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di Melaka. 

Namun siapa tahu , dia menyimpan perasaan yang kuat ingin perhatian dan kasih sayang daripada seseorang yang bergelar lelaki apabila dia menyedari dia tidak pernah merasa disayangi lelaki walaupun ayahnya sendiri . Dia pernah membuat keputusan yang tidak matang iaitu ber’couple’ dengan seorang pelajar tingkatan lima yang agak kacak dan pintar bernama Khairul Amri. Namun hubungan ini berakhir dengan putus kerana Khairul telah dibuang sekolah atas kes rokok dan ponteng. Bukan kali pertama,tapi sudah banyak kali. Pihak sekolah terpaksa membuang pelajar tersebut kali ini kerana dia telah diberi peluang tapi tidak juga berubah.

bersambung.... 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...