followers

Jumaat, 12 Ogos 2011

Jihad Cinta Mardhatillah bahagian 5&6


5
Rehat tamat. Athira mengambil tempat duduk sebaik sahaja masuk ke dalam kelas. Dia memulakan penyesuaian atmosferanya, menarik nafas baru selepas selesai bersantap di kantin sebentar tadi. Tiba-tiba, kelibat Najwa muncul di sisi mejanya menghulur sehelai kertas, borang barangkali.


“ Nah Tira,. Ni borang kebenaran ibu bapa untuk ke Kem Penulis Muda kat SMK Naning . Tadi saya terserempak dengan Cikgu Khadijah masa dalam perjalanan balik ke kelas. Dia maklumkan masih ada kekosongan untuk penyertaan. Jadi saya ambilkan borang ni untuk awak,”


Athira kesima seketika. Tanpa berkata apa dia menggerakkan tangan kanannya, mencapai borang dari tangan Najwa dengan sopan. Matanya terkelip-kelip seakan-akan tidak percaya. Senyum, bingkas dari kerusi lalu memeluk sahabatnya itu.


“ Wawa…! Terima Kasih.. Terima kasih sangat-sangat…! Saya memang nak sangat  pergi Kem Penulis Muda ni tau. Nasib baik saya ada kawan baik macam awak. Terima kasih ya Nabiha Najwa!,” Luahan Athira ada rima terharu dalam kontennya.



Najwa merupakan antara orang penting dalam pentadbiran pelajar sekolah. Dengan memegang jawatan Pengerusi Kelab Redaksi, dia mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana pelajar jika ada apa-apa pogram atau kem di dalam atau di luar sekolah perlukan penyertaan pelajar. Dan sudah tentulah yang sering bernasib baik adalah rakan-rakan baiknya. Memang beruntung berkawan dengan Pemenang Anugerah Penulis Muda Kebangsaan ini.



“ emm....Sama-sama... sekarang dah dapat, kat sana nanti buat betul-betul tau,”Najwa menarik kerusi untuk duduk.


Athira juga duduk semula “Baik Bos!, hehe,” ceria saja kondisinya tika ini.



“Oh ya, Tira.. Cikgu Khadijah pesan.. esok mesti dah siap sedia kat tapak perhimpunan sebelum pukul  tujuh setengah pagi sebab pukul lapan kita dah kena ada kat sana. Cikgu akan hantar kita,” Najwa menambah dengan hemah bicara pada Athira.



“Ok Wawa!... emm, Nanti  jangan lupa sediakan satu puisi yang puitis dari gramatis untuk saya jadikan panduan ya,..hihi,” cebik Athira dengan nada gurauan.



Najwa hanya tersenyum memandang rakannya itu . Dia masih dalam ruangan emosi tidak stabil. Dia lalu mengeluarkan pen bertinta hitam, menulis sesuatu dalam buku notanya yang berwarna merah jambu. Entah apa yang diluah gadis itu dalam bahasa bisunya. Mungkin kisah sedih, mungkin juga kisah gembira. Biarkanlah pena saja yang bercerita.



6
Kondisi malam itu sunyi. Hanya kedengaran sang cengkerik memetik gita gemersik.  Sesudah selesai menunai solat fardu Isyak berjemaah bersama keluarga, Hazriel keluar menyarung selipar lalu menapak ke arah pondok buruk yang jauhnya hanya beberapa langkah dari pintu rumah. Dia duduk sebentar di situ. Termenung seketika, mengenang nasib agaknya.




Dia lalu melabuhkan badannya berbaring di teratak papan tersebut . Pandangannya kini tepat ke jihat  langit malam. Terlihatlah bintang juta bersinar terang menyinari alam malam. Kelihatan bulan sabit juga memancar cahayanya.




Dalam kelam, Hazriel lalu mengeluarkan sebatang kalam dari beg sekolahnya yang sengaja ditinggalkan di situ setiap kali pulang dari sekolah. Suasana begini sememangnya menggamit idea. Atas sehelai kertas ,dalam cahaya samar pelita dia menukil sebuah puisi



Malam sunyi berbulan sabit,
Suram sepi tanpa bicara
Indah nian dikau Sang Langit,
Di hias dengan bintang kejora….


Di kala ini
Angin yang meniup sayup
Tak mampu ku lihat
Namun dapat ku rasa
Dia membelai.

Tak terungkap pada pena,
Tak tersingkap pada kalam,
Tinta terdiam
Tak tercerita
Maha Suci Pencipta Semesta
Begitu indah Engkau mencipta
Noktah!~


 Merebahkan pena. Puisi itu dia letak di sisi kanan . Hati tenangnya tercakna sejenak. Hazriel memejam mata menghayati dingin angin bertiup lembut membelai romanya malam itu. Lama juga dia bersantai.



“Assalamualaikum Akhi~! ,” tiba-tiba suara Qistina mampir ke sisi telinganya, memotong ekspresi tekun.



“Wa…wa’alaiumussalam dik,.. buat apa kat luar malam-malam ni? Kerja sekolah dah siap?,” seloroh Hazriel tanda prihatin.



Baru-baru ini, adik-adik Hazriel telah mendapat perhatian daripada Datuk Husien. Mereka berdua telah didaftarkan ke sekolah berasrama . Qistina di Maahad Ehya El-Karim Tanjung Bidara, dan Mikael di sekolah Tahfiz Baitul Qura’ Sungai Udang. Segala jenis yuran dan keperluan ditanggung penuh oleh Datuk Husien. Minggu ini merupakan minggu balik kampung bagi mereka, jadi pada minggu ini mereka dapat bersama dengan keluarga di rumah. Nampaknya hari-hari persekolahan biasa terpaksalah Hazriel sendiri menjaga ibunya. Ibunya kini sudah tidak ada masalah untuk bergerak ke sana ke mari kerana sudah dibelikan kerusi roda. Semakin hari, semakin mudah urusan setiap anggota keluarga ini sekarang. Alhamdulillah.



“Ana nampak akhi keluar lepas solat Isyak tadi ,ingatkan akhi pergi manalah… kerja sekolah baru siap sikit, masih ada yang ana tak faham lah. Nak minta akhi tolong ajarkan boleh?,”




“Insya Allah, nanti akhi ajarkan ya,” tenang Hazriel mempuncakuasakan soalan adiknya itu.






“Akhi pula buat apa kat luar ni?,.. Akhi…. tulis apa tu?,” mata Qistina melirik ke jihat kertas di sisi kanan Hazriel.






“emm… entah, Akhi pun tak tahu akhi buat apa kat luar malam-malam ni. Cuba Qis tengok atas sana,” Jari telunjuk Hazriel lurus ke angkasa. Qistina mendongak.




“Subhanallah! Cantiknya Akhi~! …banyaknya bintang. Emmm , patutlah akhi suka benar duduk di luar waktu-waktu begini,”cebik Qistina. Dia terpukau seketika memandang langit malam.






“ itulah yang akhi tulis,” Hazriel menghulur warkah berpuisi tadi pada adiknya. Qistina senyum. Dia melipat kecil kertas itu lalu di masukkan ke dalam poketnya. Di saat itu dia tidak dapat membaca kerana suasana yang kelam,,esok mungkin dia membelek warkah keramat itu.




“ Bagi ana ya kertas ni,hihi,” usik adik pada akhinya.




Hazriel mengiyakan dengan anggukan serta senyuman.

bersambung...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...