followers

Jumaat, 19 Ogos 2011

Jihad Cinta Mardhatillah bahagian 7&8



7

Pagi itu masih berona gelintin. Langit kelihatan mengheret perlahan-lahan sang mentari dari balik bukit. Jam menunjukkan tepat pukul enam setengah. Pak Yusof sudah bergerak ke kedai runcit seawal jam enam pagi selepas solat subuh tadi. Hazriel mengikat tali lehernya dengan kemas di hadapan cermin. Memakai blazer yang dipinjam daripada Rizal, dia mula berangan sebentar kala menghadap kaca pantulan itu.

“Emm.. ayah, Hazriel ada perkara sikit nak kasi tahu ayah ni,”


“apa dia?,” respon Pak Yusof yang ketika itu sedang duduk bertafakur selepas solat maghrib


“esok ada Kem Penulis Muda dekat SMK Naning. Kem tu akan diadakan selama tiga hari. Hazriel juga ada mengambil penyertaan. Sekarang cuma perlukan keizinan daripada ayah saja. Hazriel harap ayah izinkan,tapi kalau tak boleh tak mengapalah… Ini borangnya yah,” Borang Hazriel hulur. Dia ragu-ragu dalam menutur setiap bait katanya. Dia takut perkataannya menyinggung perasaan orang tua itu.  Pak Yusof mencapai borang itu dan menilik sebentar. Dia tidak menunjukkan sebarang respon mengiyakan atau menidakkan. Air mukanya tenang namun siapa tahu di sebaliknya, sukar ditebak. Dia lalu mendongak ,menilik wajah puteranya.


“baiklah, Ayah izinkan,” Pak Yusof senyum dalam diksinya. “Buat masa ni, ayah tak akan halang apa-apa pogram yang kamu mahu sertai. Tapi ingat ,jangan sia-siakan peluang yang ada di hadapan mata ni. Kutip dan cedok segala ilmu semana mampu dan ratinkannya di dalam kalbu,” tambah Pak Yusof lagi sambil menurunkan tandatangan di satu sudut kanan kertas. Puitis bahasanya sastera. Hazriel tersengih-sengih . Dia mengagumi sejenak diksi pesanan dari ayahnya itu. “Terima Kasih ayah,”…….

Ayam berkokok menyentak lamunannya di hadapan cermin di pagi itu. Seketika dia teringat dialog dengan ayahnya malam tadi. Hazriel menarik zip beg pakaian yang telah di kemas.


Hazriel salam dan cium tangan ibunya yang duduk selesa di atas kerusi roda. “Ummi, esok ayah kata nak bawa ummi ke klinik untuk terapi kan?, Ana doakan ummi Berjaya ya,” Hazriel memberi harapan.


“ya,.. esok pagi mungkin. Insya Allah ,Mudah-mudahan,” respon Ummuhu ,nada sedikit mengeluh.


“Ok lah ummi, ana jalan dulu ya.. Assalamualaikum,” ucap Hazriel seselesai menyarung kasut sekolah.


“baiklah, jalan baik-baik. Belajar betul-betul. Jaga diri dan jangan tinggal solat,Wa’alaikumussalam” Pesan Ummuhu persis wasiat.



“Insya Allah,” ringkas respon anak itu. Ummuhu melontar senyuman manis buat bekalan puteranya. Hazriel juga membalas senyuman dan lambaian. Dia mula menapak. Ummuhu yang bersandar selesa di badan kerusi roda di muka pintu yang ternganga hanya mampu memandang ke jihat anaknya yang kian menjarak jauh . Sayu durja ibu itu.




Pagi yang limun kini sudah cerah sedikit. Kira-kira hampir jam tujuh pagi itu awan juga sudah mula dironda burung-burung yang mencari sarapan. Hazriel yang baru sahaja sampai di tapak perhimpunan yang masih lenggang merapati seorang pelajar berkaca mata bingkai putih yang sedang duduk di atas sebuah bangku. Dia lalu duduk sebelah pelajar tersebut.

“Assalamualaikum Emir!, dah lama sampai?,”sergahnya tiba-tiba


“Wa’alaikumussalam,… eh,? Hazriel ! .. terkejut aku tau. Ish kau ni, kalau aku ada penyakit jantung tak tahulah apa nasib aku. Lain kali tegur pelan-pelan,... emm, dah lama juga aku lepak sini,dari gelap langit tu, sampai terang sekarang. Berlatih menulislah, aku bukan pandai macam kau,” Respon Emir, nada sedikit menyindir namun tiada maksud dalam hatinya, sekadar mengagumi sahabatnya itu.


“Eh, tak adalah.. kau pun seorang yang hebat apa. Aku berasa sangat rendah diri bila duduk di sebelah kau. Hah, Rizal dan yang lain-lain mana?,” Hazriel cuba menyeimbangkan perbualan dengan soalan.


“Mungkin dia tengah panggil dua orang pelajar dari tingkatan dua yang akan ikut kita nanti.. Hah~, itu pun Ustaz Ammar dah sampai. Dialah yang akan bawa kita ke sana nanti,” Emir menjawab. Dia tiba-tiba ternampak Ustaz Ammar, Guru Penasihat Kelab Redaksi Sekolah menghampiri dengan sebuah Proton Exora. Tingkap automatik dia buka. Hazriel dan Emir berdiri. “ Assalamualaikum Ustaz!,” Ucap mereka ,hormat.


“Wa’alaikumussalam ya Shabab…,Kaifahalukum? Mana yang lain? Dah sedia belum?,” respon Ustaz berhemah


“Nahnu bikhair, Alhamdulillah,” Seloroh mereka berdua serentak.


“Mereka dalam perjalanan ke sini agaknya Ustaz, Sebentar lagi sampai lah agaknya,” Emir mencelah


“Insya Allah Ustaz, tak sabar-sabar rasanya hendak ke sana,” Hazriel menyatakan pendamnya.


“Baguslah, Ustaz mahu semangat kamu hari ini berkekalan ya, jangan hanya hangat-hangat tahi ayam saja,” nasihat ustaz Ammar.


“Insya Allah Ustaz,doakan kami ya,”



“Assalamualaikum semua! Maaflah terlewat sedikit,”  suara dan raga Rizal akhirnya muncul seketika kemudian. Hadirnya bersama dua orang pelajar tingkatan dua, Faiz dan Rosman, Pelapis Majlis Tertinggi Kelab Redaksi Sekolah yang juga akan bersama-sama mereka di sana.







8
Kereta Proton Exora hitam meluncur sederhana di atas jalan raya menuju ke daerah Alor Gajah. Ustaz Ammar membawa lima orang pelajar daripada SMKA Sultan Muhammad bagi mendaftar seterusnya menyertai Kem Penulis Muda Peringkat Negeri Melaka di SMK Naning yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini. Waktu itu, jarum jam tepat ke angka lapan.





Sebaik sahaja sampai di perkarangan sekolah tersebut, mereka berlima keluar dari perut kereta dan menuju ke bilik pendaftaran. Kelihatan ramai peserta dari sekolah lain sudah tiba lebih awal. Antara sekolah-sekolah lain yang juga menghantar wakil adalah dari SMKA Sharifah Rodziah, SMK Seri Pengkalan,SMK Dato’ Dol Said, SMS Muzaffar Shah, SMK Nyalas, Maahad Tahfiz Chenderah dan SMK Naning sendiri sebagai tuan rumah. Setiap sekolah menghantar 5 orang wakil jadi jumlah keseluruhan peserta adalah 40 orang. Mereka kemudiannya diagih-agihkan ke bilik masing-masing di asrama di mana tempat mereka akan bermalam.



Hazriel dan rakan-rakannya sedang meletak dan mengemas barang-barang mereka di dalam bilik . Selepas ini mereka perlu bergegas ke dewan untuk mendengar taklimat daripada Kem Komanden. “ Hazriel, Emir,… jom lah cepat ke dewan, Faiz, Rosman,… kamu pun sama,…,” ajak Rizal yang merupakan ketua wakil SMKA Sultan Muhammad. “Ok Ok!,” respon Emir. Yang lain hanya diam dan mempercepat siapkan aktiviti masing-masing dan terus bergerak ke Dewan SMK Naning bersama-sama.


Pelajar-pelajar SMKA Sultan Muhammad memang dikenali dengan kekemasan serta akhlak mereka yang tinggi. Sebetulnya mereka sangat pandai berlakon. Namun sesetengahnya ada juga yang memiliki keperibadian itu secara asli. Hazriel, Rizal, Emir, Faiz ,dan Rosman , kemas beruniform masuk dalam dengan blazer hitam berlambang sekolah. Mereka mengambil tempat duduk paling hadapan oleh sebab mendatangkan diri paling awal. Beberapa minit kemudian, suasana di dalam dewan itu mulai bising, diwara-wirikan nada peserta-peserta yang berbual kosong dalam pada menanti ketibaan Kem Komanden.


“Para peserta diminta bertenang dan diam. Sebentar sahaja lagi taklimat akan dimulakan,” umum seorang lelaki berkaca mata,rambutnya tersikat kemas seperti watak Clark Kent semasa menjadi Superman. Mungkin dia lah Kem Komanden tersebut.


Hazriel menoleh sekeliling. Sekejap menukar pandangan ke kiri, sekejap menukar pandangan ke kanan. Dari kiri, dia dapat melihat Rizal dan Emir membuat hal masing-masing. Mereka tidak gemar berbual kosong,lebih cenderung membelek-belek nota kecil yang dibawa mereka ke mana-mana. Hazriel mengangkat kening kemudian menurunkan sambil menghembus nafas. Dia menoleh pula ke kanan. Dilihatnya Faiz dan Rosman juga tidak cenderung untuk berborak-borak,lebih gemar melakukan hal masing-masing di waktu terluang itu. Jauh merentas pandangan, dari arah kanannya juga terdapat peserta-peserta perempuan di tempat duduk mereka. Semasa menoleh ke kanan dia ada tertangkap pandang pada peserta-peserta perempuan namun cepat-cepat dia menarik kepalanya he hadapan semula.



Peserta-peserta perempuan dari SMK Seri Pengkalan baru tiba. Mungkin atas sebab tertentu mereka terlewat sedikit. Najwa, Hanani, Athira, Hazirah, dan Najiha , bergerak pantas menuju ke dewan setelah melangkah agak jauh dari bilik asrama tempat mereka bakal bermalam. Najwa berjalan mendahului melangkah masuk ke dewan yang agak riuh waktu itu. Taklimat masih belum dimulakan. Najwa dan rakan-rakannya menghembus karbon dioksida lega. Namun mereka juga merasa sedikit kesal apabila mendapati hanya tempat duduk yang terkebelakang sekali yang kosong.


“Nasib baik sempat,” nada Hanani sedikit tercungap, penat agaknya berjalan pantas.


“Belakang pun belakang lah,.. mari duduk,” ajak Athira. Mereka lalu mengambil tempat duduk masing-masing. Sebaik sahaja mereka penuhi kerusi, taklimat dimulakan penuh hemat.


“Bismillahirrahmanirrohim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan Salam Sejahtera semua~,” kalam Kem Komanden itu dimulakan. Dia kelihatan tenang, kiam sambil menggenggam mikrofon.


bersambung.... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...