followers

Khamis, 15 September 2011

Jihad Cinta Mardhatillah- Bahagian 11&12

11

Ledakan dalam kumpulan untuk suai kenal dan perbincangan itu hanya berlangsung selama tiga puluh minit. Selepas ini peserta-peserta diarahkan untuk pergi ke dewan makan untuk menjamu selera,seterusnya mereka dibenarkan  berada di bilik masing-masing untuk persiapan diri menjelang solat zohor. Semasa berjalan ke dewan makan,peserta-peserta tidak lagi bergerak dalam kumpulan mereka. Mereka berpecah,berkumpul semula dengan rakan sekolah masing-masing.


Hazriel,Rizal, dan Emir jalan bertiga di sepanjang kaki lima ke dewan makan.


“Rizal, Hazriel,..tahu tak siapa satu kumpulan dengan aku?,hehehe,” kata Emir sambil ketawa kecil.


“Siapa?,”cetusan duo Hazriel dan Rizal.


Sambil menutup mata dan memandang ke atas,seperti orang dilamun cinta dia berkata “Najwa… Si Merpati idaman hatiku……”


“Pak!”

Rizal menepuk belakang Emir. Emir tersentak.

“Aduh! Kenapa ni Rizal?,” Emir menggaru,ekspresinya bertukar ragu. Rizal diam saja sambil senyum. Hazriel hanya masam membisu. Apabila Emir menoleh mamandang wajahnya ,barulah dia tersenyum hipokrit.


“Peliklah korang ni,… haish.~ …ha! Hazriel,boleh tak aku nak mintak tolong sesuatu?,” Emir tukar topik.


“Insya Allah ..Apa dia?,” jawab Hazriel.


“Di dewan makan nanti aku bagi tahu,” jelas Emir.


“Iyalah…,”

Sesampai saja di dewan makan,mereka terus beratur untuk mengambil makanan.

……………………………………………………………………………………………………………………


“Tolonglah….kali ini sahaja,” Emir meminta.



Hazriel diam,tidak tahu apa perlu dibuat. Jika ditolak,tidak tergamak. Jika terima,lagi tidak patut. Suasana dewan makan agak bingit,Namun jarak Emir dan Hazriel yang dekat tidak mengganggu komunikasinya. Hazriel pandang mata Emir sambil mengerutkan dahi.



“Betul kau mahu bagi surat cinta kepada Najwa?,” Hazriel mahukan kepastian. Emir senyum,dia mengangguk tanda pasti. Hazriel mendengus kecil,melepaskan nafas yang terkemam. Dari sudut lain,Rizal memerhati sahaja gelagat Hazriel dan Emir sambil meneguk segelas air teh panas.



“Selepas ini dalam LDK 2,ada tugasan dalam kumpulan yang akan diberi. Aku mahu ambil kesempatan berkenalan dengan dia nanti,” Jelas Emir. Besar nian harapannya.



“Baiklah,malam ni aku buatkan surat tu. Esok kau bagilah dia masa LDK 3,” Hazriel menjawab perlahan. Sebaik mendengar persetujuan itu, Emir tersenyum lebar. Dia hampir melompat keriangan namun Hazriel pantas menarik tangan sahabatnya itu. Takut menanggung malu pula di depan peserta-peserta lain. Rizal menggeleng kepala melihat gelagat Emir. Walaupun sudah memasuki tingkatan empat, tetapi sikapnya masih seperti budak sekolah rendah.


Seusai habis bersantap, mereka terus bangun dan bergegas ke bilik.




12



Malam kian larut. Embun jantan mula membasahi bumi. Aktiviti hari itu berakhir tepat jam sebelas malam. Diakhirkan dengan upacara perasmian oleh guru besar SMK Naning. Peserta-peserta kemudiannya diarahkan untuk berada di bilik-masing-masing selepas minum malam di dewan makan. Lampu bilik perlu ditutup sebelum jam dua belas.




Hazriel terhendap-hendap di bilik itu. Dari tingkap bilik,matanya mengerling ke arah langit malam yang sekan-akan mendung namun masih terang disinari cahaya sang purnama. Waktu begini memang sesuai untuk menulis. Hazriel mengalih pandangannya ke arah jam dinding di bilik itu. Tepat jam sebelas setengah.Dia cuma punya setengah jam untuk menyiapkan surat Emir sebelum lampu bilik diarahkan tutup pada pukul dua belas. Mahu tidak mahu, dia mesti siapkan juga surat itu malam ini.





Rizal, Emir, dan yang lain-lain sudah nyenyak dibelai mimpi waktu itu. Hazriel berteleku,bersengkang mata. Kemudian perlahan-lahan menggerakkan penanya. Satu demi satu kalimah ditulis kemas. Baris demi baris yang tertera berubah menjadi perenggan. Sebetulnya Hazriel menulis sebagai mewakili perasaan Emir terhadap Najwa,bukan daripada dirinya. Namun apa yang tertulis adalah bahasa dari jiwanya sendiri. Bahasa yang terbit dari perdu atamanya yang puitis.



Beberapa saat,dia ragu dengan tindakannya itu. Seakan-akan dia memenangkan Emir kepada Najwa sedangkan dia juga mempunyai perasaan yang sama. Hazriel fikir, Emir lebih layak berbanding dirinya yang dirasakan serba kekurangan. Rakannya itu memang hebat berpidato. Bercakap depan orang ramai sememangnya tidak menjadi suatu masalah. Namun masalah dan kelemahannya adalah menulis teks pidato. Emir memang lemah dalam bab-bab menulis. Jika ada apa-apa pertandingan,Emir akan meminta bantuan daripada Hazriel kerana dia tahu tahu bahawa penulisan Hazriel adalah yang paling mantap di sekolahnya. Namun kali ini bukan teks pidato yang dimintanya,tetapi Surat Cinta!




Dalam hening dingin malam menjelang jam dua belas itu, tangannya menulis tangkas aksara-aksara condong. Setelah selesai. Hazriel bungkam di katil. Surat itu ditarik ke dada dan nafas panjang dihela. Dia memandang siling,matanya kaku sebentar disitu. Alur fikirannya berpusaran dan wajah Najwa muncul bergentayangan di kolong ilusi. Hazriel menggeleng-gelang kepala. Surat itu dilipatnya kemudian diletak bawah bantal. Lampu kalimantang di kamar itu diarahkan tutup memandangkan sudah tepat jam dua belas. Hazriel bingkas ke arah suis dan menutup lampu lalu kembali ke katinya dan menutup mata, Gelap!.



Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...