followers

Sabtu, 10 September 2011

Jihad Cinta Mardhatillah Bahagian 9&10







9


Taklimat tamat tepat jam sepuluh. Satu jam sudah dirasakan cukup memahamkan peserta-peserta daripada kalangan pelajar-pelajar elit tersebut. Selepas ini mereka perlu berada dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Dalam satu kumpulan harus ada lima orang di mana satu kumpulan mestilah setiap ahlinya dari berlainan sekolah. Ini bagi membolehkan peserta-peserta berkenalan antara satu sama lain. Perkara ini dilihat begitu menjengkelkan bagi Hazriel. Dia memegang dahi sambil menggeleng-geleng kepala. Mulai berfikir bagaimana hendak bergaul dengan ahli kumpulannya yang dari sekolah lain itu nanti. Menoleh ke kiri mencari Rizal. Rizal senyum saja sambil mengangkat kening.



“Baiklah…Sekarang, saya mahu kamu buka fail yang telah diedarkan kepada kamu semasa pendaftaran tadi. Di dalamnya ada satu helaian senarai nama semua kumpulan dan ahlinya. Dalam masa yang singkat, saya mahu kamu berada dalam kumpulan masing-masing , pilih seorang ketua dan selepas itu tugasan akan mula diberikan,” Tegas bicara Kem Komanden, Tuan Azahari namanya.




Kerak-kerik bunyi kerusi plastik ditolak-tarik peserta-peserta untuk bergerak ke dalam kumpulan masing-masing. Hazriel bangun sopan bersahaja. Dia dapati dari helaian tersebut, dia akan bersama kumpulan empat.




“Rizal,Emir…korang dapat kumpulan berapa?,” tanda Tanyanya dituju pada Rizal dan Emir.



“Dapat kumpulan satu daa…,” respon Emir bernada humor.




“Aku,… kumpulan tujuh,”jawab Rizal.




“Oklah, nanti kita jumpa lagi. Sekarang bergerak ke dalam kumpulan kita masing-masing,ma’assalamah,”seloroh Rizal lagi,mengakhir kalam.



Hazriel tunduk, menelan air liur. Dia mula mengangkat kepala dan merenung senteng ke durja peserta-peserta lain, bergerak mencari ahli kumpulan.



Tiba-tiba,dalam kesibukan lalu-lalang peserta-peserta dalam dewan tersebut, Hazriel terpandang seseorang. Seorang peserta perempuan!  Peserta perempuan itu yang selama ini mencetus inspirasi penulisannya.



“Na…Najwa!,”



Hatinya berbisik gemersik menyebut sepotong nama. Matanya kaku,kesima mungkin. Tak terkelip retinanya,khusyuk saja. Tidak pernah dia begini. Mungkin dia sangat mengagumi gadis istimewa itu. Tanpa diduga, gadis itu mengangkat muka. Dia bagai terasa ada orang sedang memperhatikannya. Dia ternampak Hazriel yang sedang bagai dilamun mimpi memandangnya. Sesaat mereka saling berpandangan ,mata bertemu mata. Hazriel tersentak. Dia menarik pandangannya ke tempat lain seakan-akan tidak memandang walau sesaat gadis itu di situ.



“Astaghfirullah,”




Hatinya berdebar kencang. Dia sendiri keliru mengapa. Air mukanya tidak menunjukkan ekspresi tenang. Namun jiwanya bagai dihembus penawar rindu. Rindu pada idolanya.





10


Dalam riuh rendah suasana dewan tengah hari itu, ada juga yang diam membisu. Najwa hanya pandang ke bawah menilik helaian senarai nama. Moodnya tiada. Dia merasa sedikit mengantuk dan bosan mendengar taklimat tadi. Maklumlah sudah lali dengan kem-kem sebegini. Semasa mahu mula bergerak mencari kumpulan, Najwa terasa dirinya diperhati. Dia mengangkat kepala. Mendapati  seorang peserta lelaki sedang tekun memandangnya. Najwa membalas pandangan itu namun budak lelaki itu pantas mengalih muka ke arah lain. Najwa tersentak sebentar. Mengangkat bahu lalu menurunkan sambil menghembus nafas. Selepas itu dia mula bangun dari kerusi  untuk mencari ahli kumpulan .




“Emm,.. harap-haraplah kumpulan satu ini kumpulan bertuah,” bisik kecil hati moleknya setelah mendapati dirinya dari kumpulan satu.





Tidak sampai sepuluh minit,peserta-peserta telah berada dalam kumpulan masing-masing dan duduk. Setiap kumpulan seterusnya diarahkan bersuai kenal dan memilih seorang ketua. Ahli-ahli kumpulan satu mengambil satu sudut di sisi kanan dewan sebagai pusat mereka berbincang. Emir diam saja,tekun membelek-belek nota kecilnya. Begitu juga ahli-ahli kumpulan satu yang lain, diam saja.



“Bismillahirrahmanirrahim,..ana rasa kita tidak patut membuang masa dengan hanya berdiam saja ya. Marilah kita mulakan sesi ta’aruf kita,” Wakil daripada Maahad Tahfiz Chenderah tiba-tiba bersuara,memukaddimahkan bicara. 




Semua ahli kumpulan satu memandang wajahnya. Mereka hanya mengangguk saja. Najwa yang juga berada dalam kumpulan tersebut juga diam. Namun diam-diam dia itu sentiasa diperhati oleh Emir yang secara sir menjeling tajam. Emir juga ada menyimpan perasaan kepada Najwa. 


“Baiklah, ana perkenalkan diri ana dahulu. Hisan Abqari dari Maahad Tahfiz Chenderah,seterusnya enta…,” sambil menoleh ke arah Emir yang berada di sebelah kanannya. Emir melakar senyuman keyakinan.



“Saya… Emir Daniel dari SMKA Sultan Muhammad,”



Mata Najwa tiba-tiba terbeliak sedikit mendengar namanya. Nama  Johan Pidato Piala Diraja Peringkat Kebangsaan itu sudah lama didengarnya namun baru sekarang bertemu empunya nama tersebut. Dia tidak menyangka Emir Daniel juga menyertai kem ini. Ta’aruf kumpulan satu diteruskan hingga orang kelima,Najwa. Najwa memperkenalkan dirinya selamba,walaupun kelima-lima orang ahli kumpulan satu itu sudah lali mendengar namanya.



“Saya, Nurul Nabiha Najwa. Dari SMK Seri Pengkalan,”


bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...