followers

Jumaat, 2 Disember 2011

PERSIDANGAN BANGSA-BANGSA BERSYAITAN SEDUNIA



Menjelang penghujung tahun , bermacam-macam persidangan telah diadakan untuk
membentangkan laporan aktiviti. Dikalangan bangsa-bangsa syaitan sedunia juga turut mengadakan
persidangan mereka untuk membentangkan laporan dan mengambil langkah-langkah wajar untuk
terus meyesatkan golongan manusia.

Suatu persidangan syaitan-syaitan sedunia baru-baru ini telah diadakan di puncak VILLA
IBLISSIYAH bersebelahan KASINO di Genting Highland.Persidangan ini dihadiri oleh setiap
wakil-wakil syaitan dari seluruh pelusuk dunia bermula dari BERMUDA TRIANGLE sehingga dari
negeri di Kutub selatan..

Majlis ini diadakan untuk memebentangkan laporan-laporan aktiviti syaitan-syaitan sedunia. Majlis
itu telah dirasmikan oleh IBLIS LAKNATULLAH yang bertindak sebagai pengerusi majlis. Setiap
yang hadhir akan membentangkan laporan-laporan terperinci serta pelan-pelan tindakan yang akan
diambil untuk menyesatkan golongan manusia.

Laporan dimulai oleh seekor syaitan yang bermata juling bernama BAILL Klentong yang datang
dari AS.
IBLIS : Apa yang kau nak lapurkan kepada kami wahai BAIL? tanya iblis
Baill : Wahai raja segala syaitan... aku telah berjaya menghasut seorang Raja yang bernama
Soddom yang tinggal berhampiran negara Babelon, lalu ia dengan kekuatan tenteranya telah
menyerang dan melakukan kerosakan ke atas negara jirannya. Akibatnya negaranya megalami
sekatan perdagangan dari PBB PERSIDANGAN BANGSA2 BERSYAITAN SEDUNIA.
Akhirnya rakyatnya yang tidak berdosa menderita sebab tak cukup makan..

Syaitan-syaitan yang lain bersorak sambil menggoyangkan ekor masing2. Iblis : Bagus kerja kau ni
Baill..Cuba pertingkatakan kualiti kau di masa-masa depan..

Berikutnya bangun pula seekor syaitan yang bernama Brutus Galihole yang datang dari negeri Mesir
untuk memberikan laporannya.
Galihole: Boss...aku berjaya mnenghasut sepasang suami isteri yang akibat dari hasutan aku mereka
telah bercerai berai..Adalah punya buduhhhh pasangan itu, sebab pasal ikan bakau pun mereka
sanggup bercerai..si suami tu beli ikan pari, suruh isteri dia bakau tetapi aku lalaikan isterinya suruh
rebus dengan tempoyak..suami dia melenting lalu diceraikan isterrinya..Itulah sebabnya kalau tidak
bersabar dan tidak beriman..

Haaa.haanaa Syaitan-syaitan yang lain tergelak besar mendengarkan cerita Galihole..Iblis hanya
tersenyum sahaja tanpa memberikan reaksi.

Kemudian ia memanggil pula syaitan yang bernama Redhovan Kelicik yang berasal dari Serbia...
Redhovan: Wahai IBLIS...KL sekarang ni dah banyak berubahlah..dulu masa aku datang tak de
pun KL Tower....nasib baik tak terlanggar tadi, aku ingatkan menatang apa yang bercahaya-cahaya
dari jauh ni...kau tahu tak kat KL jemm punyalah teruk....masa jem tu lah aku racun fikiran dia
orang tu...ada sorang tu tension sangat pasal jem sehingga bila orang lain hon dia, dibunuhnya orang
tuu...padan muka dia ..sekarang ni ada kat PUDU JAIL...besok mati dah tentu sama-sama dengan
kita kat neraka...

Kemudian bangunlah seekor syaitan yang buta sebelah matanya bernama S.Vellooo berasal dari
negara tuan rumah, Malaysia..Berkata S.Vellooo." Wahai raja ku...kat tempat aku dulu mulanya
ramai yang rajin sembahyang .. tapi selepas aku goda mereka dengan kemewahan dan
macam-macam lagi bentuk hiburan maka ramai yang tidak sembahyang, mereka asyik khayal
dengan wayang 3Dlah, dengan judilah, dan macam-macam jenis hiburan kat luar tuu.. kalau ada
juga yang sembahyang aku ganggu dia masa dia sembahyang sehingga start sembahyang sampai
habis asyik tak khusyuk je dok fikir ekonomi yang meredumlah, airlah, saham GENTINGlah
,TELEKOMlah yang jatuh...ada juga yang berjaya ku pengaruhi supaya jangan sembahyang awal
waktu..sehinggakan ada tuu yang sampai nak habis waktu zohor baru sembahyang sebab lepas tu
boleh terus sambung dengan Asar..tak payah nak makeup 2 kali... Aku yakin TUHAN TAK
AKAN TERIMA SEMBAHYANG ORANG SEPERTI ni.. Mudah-mudahan kat akhirat nanti
ramai le kekawan kita.

Selepas itu muncullah pula seekor syaitan bernama JOSOP.. JOSOP : Sebenarnya kerja aku
bukannya apa-apa..cuma main-main sahaja.. IBLIS : Apa main-main pulak niii...kita semuanya
mesti seriuos dalam usaha meyesatkan golongan manusia...Haa cepat berikan lapuran kamu..

JOSOP : Wahai tuanku..sabar lah sampai aku beri lapuran...gini,,kerja aku cuma hasut orang tukar
agama ,,tuuu jelah kerja akuuu...Baru-baru nii..heboh satu Malaysia pasal kes apo
bondonya...riddah..murtadlah tuu..Si Ecah tuuu...aku punya kerjalah tuuuuu..Anak tok sheh
nuuu.kau orang ingat senang nak pujuk dia..Bukan setakat tuu,,,beribu-ribu orang sedang diproses
permohonannya ....cuba periksa kat JAWI ke JAIS ke, PUSAT tak ISLAM kalau tak caya..kata
JOSOP dengan bangga..

Maka bertanyalah sahabat-sahabatnya..apakah rahsia kejayaan JOSOP...Jawab JOSOP "Kat
Malaysia nii... mana ada undang-undang nak cegah...aku pujuk-pujuk dengan sedikit kemewahan
le...dengan jantan lee..dengan betina le...hancussss.... semuanya boleh pulun...La niii depa tengah
dok bising-bising pasal nak jalankan undang-undang murtad...Aku masuklah leee jarum akuuu..Aku
suruh diaorang pakai undang-undag 356...tahu tak apa apo bondonya...3 tahun penjara, 5,000 RM
dan 6 sebatan...kalau setakat undang-undang manusia gerentinya kita boleh makan..yang aku takut
undang-undang ALLAH..kalau mereka laksanakan habislah kita...

IBLIS menganguuk kepalanya sambil berkata "Syukur aku ada syaitan macam kau ni" teruskan
usaha...mungkin hujung tahun aku akan bagi sedikit insentif kepada kau ...

Seekor syaitan remaja yang berasal dari utara Kedah pula bangun memberi lapuran "Aku ni syaitan
muda..kerja aku goda teman setia aku yang sebaya dari kalangan manusia untuk buat maksiat..cuba
nengok tuuu...betapa punya banyaklah bohjanleh..bohsia_lee..ntah apa-apa boh lagi...

Tak dengar ke baru-baru ni kan ada pesta seks remaja...aku punya kerja le tuuu..sekarang ni masih
boleh jalan la sebab pemimpin mereka tak tegas nak basmi..mereka lebih sibuk dengan urusan rebut
jawatan....Syoknya nengok remaja-remaja nuu buat kerja-kerja terkutuk tuuuu...eehmmmmm.

Seekor syaitan yang gendut perutnya dengan badan yang berkurap bangun mencelah untuk
memberikan laporannya...Katanya dia datang dari Bangunan MALL sebelah HOTEL LEGEND. "
Tuanku...dulu masa aku mula-mula menetap kat MALL tuu..taklah teruk sangat..sekarang nii nak
naik lif aje kena tunggu beberapa minit..Masa dulu ramai yang pakai tudung tutup kepalanya...lepas
tu aku berusaha bersunguh-sungguh sehingga akhirnya ramai yang dah tak pakai tudung lagi...Ade
pulak tu yang mana-mana pakai tu aku hasut dia supaya di pakai kerana supaya dipandang
cantik...Jadi dia pakai bukan kerana ALLAH..tentu ALLAH tak terima...nanti kat akhirat nanti
tentu kena pakai tudung dari cairan tembaga yang mendidih...aduhhh sakitnya .......

IBLIS mencelah " Bagus kerja kamu semua niii...Ada sapa-sapa lagi yang nak beri laporan..."
Masing-masing berpandangan anatara satu sama-sama lain..Tiba-tiba dari pintu belakang bangunlah
seekor syaitan yang bernama WAK LENTOK atau nama samarannya WAK TERKUTUK yang
tempang kakinya. Ia berjalan menuju ke hadapan terhencot-hencot dengan tongkat daripada tulang
ba_bi...Syaitan-syaitan yang lain terdiam sambil masing-masing dalam hati berkata "Apa pulak yang
nak diperkatakan oleh sitempang ni..."

WAK LENTOK : Wahai IBLIS...Raja segala-syaitan" katanya dengan kuat..IBLIS yang waktu itu
terkhayal mungkin terkenang masa dia diusir dari SYURGA dulu akibat tidak patuh perintah
ALLAH dan puas hatinya bila dapat menyesatkan manusia, terkejut dengan kata-kata WAK
LENTOK..

WAK LENTOK menyambung lagi...

" Dengar sini semua...sepanjang hidup ku ini...aku hanya menjalan suatu aktiviti sahaja iatu
menghalang manusia dari belajar atau mengajar ilmu agama ... Inilah sahaja kerja aku sepanjang
hidupku..Warisan orang tua ku....Bila ada sahaja majlis ilmu aku akan lalaikan mereka...Ada yang
pergi lepak-lepak main game lah, ada yang seronok-seronok pergi makan...ada yang aku hasut
supaya pergi tidur le nengok tv laa dan macam-macam lagi. sebab tu aku lewat sikit tadi sebab
sebelum tuu aku singgah sebentar kat tempat orang buat surat kabau kat Sg. Besi tuu..Aku tolong
kawan aku tulis TULISAN YANG SESAT LAGI BOLEH MENYESATKAN MANUSIA ...

Lepas tu aku singgah kejap kat bawah tempat persidangan kita nii..Kau lihat kat sebelah
persidangan kita..Berapa ramai yang sedang main judi tuuuu...JADILAH MEREKA ORANG
YANG JAHIL DALAM ILMU AGAMA DAN APABILA MEREKA BERAMAL, MEREKA
BERAMAL TANPA ILMU AGAMA DAN HANYA IKUT-IKUT SAHAJA. INI SUDAH
TIDAK SAH DAN TIDAK AKAN DITERIMA OLEH ALLAH ...sudah tentu kat akhirat nanti
ramai le teman-teman kita dari kalangan manusia....

Mendengar penjelasan WAK LENTOK tersebut, IBLIS melompat kegirangan sehinggga
terkentot-kentot mengeluarkan bau yang sangat busuk...Syaitan-syaitan yang lain-terkejut
kehairanan sambil menutup hidung mereka lalu bertanya kepada IBLIS...

" Apa yang bagus sangat si tempang tuu buat sehingga kau terlalu gembira sedangkan kami ni dah
buat kira lagi hebat..." Maka jawab IBLIS sambil menepuk-nepuk bon_tot IFRIT "Inilah yang kau
tak tahu ni...Kamu semua mesti giatkan usaha untuk menghalang orang dari mancari ilmu...Marilah
aku tunjukkan kamu akan kelebihan ILMU AGAMA.

Maka mereka beramai ramai menuju sebuah tempat kalau tak silap di daerah pantai timur..Sungai
Golok namanya..Di sana ada seorang tua yang sangat rajin beribadat... Kemudian IBLIS bertanya
kepada orang tua....

"PAKCIK ...saya tak tahu nii...nak tanya satu soalan lah pakcikk..Boleh ke tuhan memasukkan
bumi nii dalam sebiji telur...."kata iblis yang menyamar sebagai orang muda..

Termenung orang tua yang jahil itu memikirkannya..iyelah...macammana Allah nak masukkan dunia
yang besar ni dalam sebiji telur..katanya dalam hati....Kemudian ia berkata "" Enntahhhlah...pakcik
pun tak tahu'' rasanya tak boleh kut.''' "Baiklah pakcikkk''' kata iblis lalu ia dan pengikutnya chow
dari tempat itu menuju ke tempat lain bernama Kg Rawa...

Berjumpalah mereka dengan seorang ustaz yang sedang mengajar.... " Ustaz...nak tanya satu
soalan....boleh tak tuhan memasukkan bumi ni ke dalam sebiji telur...Maka dijawab oleh ustaz
tersebut' ''Sudah tentu boleh sebab tuhan Maha Berkuasa, bila tuhan berkata JADI, MAKA
JADILAH...wallahuallam..." "Iyeke pakciikk..mustahil dunia yang besar ni boleh dimasukkan dalam
sebiji telur..kata IBLIS untuk meniupkan rasa was-was dalam hati ustaz tu..

"Tiada perkara yang mustahil bagi ALLAH..Bagaimana caranya wallahhualam'' "terima kasih
pakcik..Kata IBLIS sambil meminta keizinan untuk berambus....

Kata iblis kepada sahabatnya..."Kau lihat bagaimana mudahnya seorang itu menjadi kafir apabila
berkata ia tidak tahu samada tuhan boleh memasukkan bumi dalam sebiji telur akibat tidak
berilmu....dan bagaimana sukarnya untuk menyelewengkan orang yang berilmu.. Oleh itu aku minta
kamu semua supaya berusaha bersungguh-sugguh mencegah orang daripda mencari ilmu mudahan
berkat usah kamu ramaile kekawan kita kat neraka nanti... . SESUNGGUHNYA AKU LEBIH
TAKUT DARI SEORANG YANG BERILMU DARI 1000 ORANG YANG RAJIN
BERIBADAT TANPA ILMU...

Kesimpulan...

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh ALLAH..Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan
yang dinyatakan oleh IBLIS dan konco-konconya...Marilah kita bersama-sama memantapkan ilmu
agama kita agar tidak mudah ditipu oleh syaitan dan memenuhkan majlis-majlis ilmu di mana-mana
saja kita berada..

Semoga ada manfaatnya dari kisah benar ni...... ----

KETAKWAAN MEMERLUKAN KEIMANAN -----KEIMANAN TIDAK AKAN
DIPEROLEHI TANPA ILMU YANG MANTAP

wallahuallam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...