followers

Sabtu, 16 Jun 2012

Penghayatan Isra' Mikraj





Bagi kaum muslimin, bulan Rejab sangatlah istimewa· dan memiliki erti yang sangat penting. Antara peristiwa besar yang sentiasa diingat oleh umat Islam khususnya pada bulan ini adalah satu perjalanan malam seorang hamba Allah, Muhammad saw. Peristiwa menakjubkan Isra’ dan Mi’raj ketika itu, sempat membuat bimbang dan ragu seb ahagian kaum muslimin bahkan ada yang murtad akibat daripada pengaruh kaum musyrikin yang menganggapnya mustahil dan ,tldak masuk akal.


Yang dimaksudkan dengan Isra’ adalah perjalanan Rasulullah SAW dimalam hari dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Sedangkan yang dimaksudkan dengan Mi’raj adalah perjalanan selepas Isra’, iaitu naik ke langit yang ketujuh hingga tiba di Mustawa, suatu tempat yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia serta tidak diketahui hakikatnya oleh siapa pun jua selain baginda sendiri. Setelah itu, baginda kembali semula ke Masjidil Haram di Mekah. Dua peristiwa perjalanan ini diisyaratkan oleh al quran dalam dua surah yang berlainan iaitu;

”Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa: Yang kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (Kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah .Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Al-lsra: 1)

” Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril (dalam rupa yang sebenar) , pada waktu yang lain, Yaitu di Sidratul Muntaha, Muhammad melihat Jibril ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang menutupinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.” (An Najm: 13-18)

Sebuah riwayat dari An Nasai bahawa Ibnu Abbas mengatakan; “Setelah nabi saw di Isra’ ke Baitul Maqdis, keesokan harinya baginda menceritakan perjalanannya itu kepada mereka dan diceritakan pula kafilah yang dilihat oleh baginda dalam peralanannya. Ramai orang tertanya-tanya; ‘Adakah kita boleh percaya apa yang dikatakan Muhammad?’ Mereka lalu berbalik menjadi kafir kembali (yakni murtad) ….Allah membinasakan mereka bersama Abu Jahal….” (Iihat AI Masnad No. 4526). Inilah keadaan orang yang amat lemah keimanan dan keyakinannya kepada Islam ketika itu. Sikap ini amat berbeza dengan para sahabat yang memiliki keimanan yang kuat dan kukuh sepertimana yang ditunjukkan oleh Abu Bakar As Siddiq.


Ketika beliau ditanya oleh kaum kafir Quraisy; “Sesungguhnya sahabat anda telah mengatakan bahawa ia telah pergi ke Baitul Maqdis ? “, lalu dijawab oleh Abu Bakar; ” Demi Allah! Seandainya dia (Muhammad saw) berkata bahawa ia juga naik ke langit, maka aku akan membenarkannya !! .” Demikianlah sikap kita kaum muslimin, meyakini peristiwa Isra’ Mi’raj seratus peratus tanpa sedikit pun rasa ragu (tasdiqul jazm). Bagaimana Abu Bakar yang hidup seribu lima ratus tahun yang lalu boleh membenarkan perkara tersebut sedangkan ianya adalah suatu yang sangat luar biasa dan diluar jangkauan akal untuk difikirkan dan memastikannya sebagai kebenaran bukan cerita dongeng dan rekaan semata-mata?

Memang benar bahawa akal manusia sangatlah terbatas dalam berfikir. Akal manusia tidak mampu berfikir kecuali sesuatu yang berada di dalam jangkauan akal sahaja. Adapun sesuatu yang berada diluar jangkauan akal, akal manusia hanya dapat memahami dan memastikan k,ebenarannya sekiranya ada sumber yang boleh dipercayai. Dengan kata lain, akal manusia mampu membuktikan keberadaan kewujudan sesuatu yang berada di luar jangkauan akal jika ada sesuatu yang dapat dijadikan petunjuk atausandaran. Dan sesuatu yang dijadikan petunjuk atau sandaran tersebut mestilah suatu yang di dalamjangkauan akal serta meyakinkan. Atas dasar inilah mengapa Abu Bakar meyakini peristiwa Isra’ Mi’raj, sebab peristiwa ini disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad saw, seoranq rasul yanq tidak munqkin berdusta.

Ringkasnya, akal manusia mampu memahami dan memastikan bahawa adalah BENAR. Muhammad merupakan seorang nabi dan rasul yang diwahyukan Allah kepadanya risalah Islam sebagaimana akal manusia juga mampu memahami dan memastikan bahawa AI Quran adalah wahyu Allah bukan kata-kata manusia. Akal manusia juga mampu memahami dan memastikan bahawa mustahil AI Quran dan Rasul berdusta dalam sesuatu sehingga setiap apa yang dikhabarkannya adalah benar semuanya. Atas dasar inilah mengapa kaum muslimin wajib meyakini peristiwa Isra’ Mi’raj seratus peratus tanpa ragu-ragu (tasdiqul jazm), manakala menafikannya menyebabkan gugurnya iman sebagaimana yang terjadi pada zaman Rasulullah saw. Perlu dijelaskan di sini, bahawa sesuatu yang berada di luar jangkauan akal dan tidak ada penjelasan (dalil) yang qot’ie (pasti) menerangkannya, maka di sini kita tidak boleh menduga-duga, bahkan Islam melarang kita berfikir mengenainya seperti berfikir, (membayangkan) Zat Allah, rincian sifat-sifat Allah termasuk bagaimana bentuk Buroq, bentuk Sidratul Muntaha dsbgnya.

Rasulullah saw bersabda; ” Berfikirlah kamu tentang makhluk Allah tetapi jangan kamu fikirkan tentang Zat Allah. Sebab kamu tidak akan sanggup mengira-ngira tentang hakikat yang sebenarnya”, Imam Malik pula apabila ditanya tentang “istawa” (Allah bersemayam) beliau lama menunduk serta berpeluh-peluh, lalu berkata; ” Persemayaman itu bukan sesuatu yang dapat diketahui. Juga caranya bukanlah yang dapat difahami. Sedangkan mengimaninya adalah wajib, tetapi menanyanya adalah bid’ah / salah”,


Hikmah peristiwa Isra’ Mi’raj tidak dapat dipisahkan dengan perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat dalam menegakkan dinul Islam. Sebelum terjadinya peristiwa Isra’ Mi’raj, Rasulullah dan para sahabat ketika itu berada di kemuncak penindasan yang sangat menyedihkan. Mereka ditangkap, diseksa bahkan ada yang dibunuh. Beberapa waktu sebelum Isra’ Mi’raj juga, insan yang paling rapat dengan Rasulullah, iaitu Khatijah dan Abu Thalib meninggal dunia. Dan yang terakhir, dakwah baginda tidak hanya ditolak oleh penduduk Thaif, baginda juga diusir, dihina, dimaki hamun sebagai orang gila dan perosak masyarakat serta dilempar dengan batu-batu. Berlatar belakang peristiwa inilah, lalu baginda di Isra’ Mi’rajkan oleh Allah. Dengan demikian, peristiwa Isra’ Mi’raj ini semakin menguatkan lagi keyakinan baginda dalam mendakwahkan Islam sehingga Islam sebagai agama, cara hidup dan bernegara akhirnya benar-benar tertegak dimuka bumi ini, setelah sebelumnya Rasulullah serta para sahabat diuji dengan kesempitan dan kesedihan yang dahsyat.

Selain itu, peristiwa Isra’ dan Mi’raj juga tidak dapat dipisahkan daripada Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin yang kini dijajah oleh kaum kafir Yahudi dengan sokongan orang-orang kafir Nasrani iaitu Eropah dan Amerika. Yang paling mutakhir, Yahudi dengan biadap membunuh umat Islam Palestin, meruntuhkan rumah­-rumah tempat tinggal mereka dan telah mengisytiharkan Baitul Maqdis (Jerusalem) sebagai ibu kota negara Israel. Situasi genting di Palestin saat ini seharusnya membuat ummat Islam seluruh dunia tidak mampu untuk tidur malam kecuali berfikir bagaimana menyelamatkan saudaranya di Palestin dan merampas kembali tanah Palestin. Untuk itu, tidak ada jalan lain kecuali kaum muslimin kembali menegakkan institusi Khilafah kerana inilah yang dituntut oleh syarak serta dicontohkan oleh Umar al-Khattab dan Salehuddin al-Ayyubi. Persoalannya sekarang, bilakah semua ini akan berakhir? Mampukah penghayatan peristiwa Isra’ Mi’raj kali ini memberi dorongan yang kuat kepada umat Islam untuk bangkit melawan ideologi dan negara barat, sekalipun mereka sedang ditindas saat ini sebagaimana Rasulullah dan para sahabat?


Wahai umat Islam, kamu adalah umat yang mulia, yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam yang telah disampaikan oleh pesuruh-Nya, Muhammad SAW yang menjadi uswatun hasanah (contoh terbaik) kepada seluruh manusia. Padanya juga (Islam) kalian dituntut untuk berhukum dan menjadi pengatur kehidupan kamu. Sesungguhnya yang dapat menyelamatkan kamu ialah Islam, bukan ideologi kufur kapitalise dan sosialisme yang padanya tampak seribu macam kecacatan, penuh dengan kebohongan, kezaliman dan penindasan. Sementara peradaban kapitalisme yang gah sekarang ini hanyalah sebuah rumah usang yang buruk, menunggu masa untuk menyembah bumi. Wallahu ‘alam.
Dipetik daripada : http://1khilafah.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...