followers

Sabtu, 14 Jun 2014

bila berdakwah.

bila kita berdakwah

hati-hati.

jangan rosakkan pahala kerja besar ini.

tak perlu pandang serong pada orang yg tak buat usaha dakwah.

jangan kita fikir kita buat 

kita dah cukup bagus.

dia tak buat dia hina dina.

cuba fikir.

berapa banyak kali kita doakan hidayah buat mereka.

cuba renung

berapa banyak kali sudah kita sebut nama-nama mereka

dalam doa tahajud kita.

jika kurang,

sila ucap tahniah,sekurang-kurangnya adalah juga.

jika tidak ada, 

sila pandang serong pada diri sendiri.

Asas dakwah adalah kasih sayang.

dan puncak kasih sayang adalah mendoakan orang lain tanpa diketahui oleh mereka.

mungkin tak semua orang mampu lakukan seperti yang kita lakukan.

dan cuma lakukan apa yang mereka mampu.

nabi tak kata berdakwah kena jumpa orang,nabi tak kata berdakwah kena pakai serban pakai jubah. nabi tak kata nak berdakwah kena ada janggut ada jambang.

tapi nabi mengajar kita berdakwah dengan hikmah dan kasih sayang. 

kalau jumpa orang tapi tak berhikmah orang lari juga. kalau kata nak berdakwah kena pakai serban pakai jubah, syiah,wahabi, dan banyak juga ajaran sesat pakai serban pakai jubah juga. lagi tinggi diorang lilit. 

jika mahu lakukan sunnah,lakukanlah.

tapi jangan hina dan pandang jelik pada orang yg tak amalkannya

mereka tak amal itu urusan mereka dengan Allah.

urusan kita,buat kerana Allah. bukan kerana manusia. 

lakukan semata-mata kerana Allah atas kemuliaan Rasulullah.

Cukuplah Allah sebagai penilai.

bukan kita.


Isnin, 9 Jun 2014

As-Saff. padanya ada kisah. bhg 1.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

Kualiti Melangkaui Sempadan a.k.a Kolej Matrikulasi Selangor.

Sebagai warga Kolej Matrikulasi Selangor selama sepuluh bulan, pengalaman telah menuntun aku ke halamannya,menarik-narik aku lalu menolak jasad dan minda aku ke kolong kenangan yg akhirnya membuat titisan kelopak mata  merentas pipi bila mahu meninggalkan bumi kms ini.

Saban hari berganti hari. Bulan tak menunggu begitu juga mentari. Aku kini telah berlalu keluar pagar sebagai bekas pelajar bukan lagi warga. Kesedihan dan sayu memenuhi atmosfera bila terpaksa melangkah meninggalkan teman-teman,bilik tutor,cafe Orion,cafe Carina,cafe Lyra, Aquila,Canopus, Antares,Andromeda, Al-faghrani, Al-Battani,Kosmik,Astaka dan lain-lain. Paling menambah perisa lara di hati parah adalah meninggalkan As-Sufi tercinta. Allahu. Allah dan sahabat-sahabat yg merasa sahaja faham hibanya.

As-Sufi Tercinta. Di sini aku kenal satu-satunya Persatuan Islam yg mengepalai tarbiyah Islamiah di bumi matrikulasi ini, " As-Saff "

"As-Saff "

Secara individual,boleh dikatakan hampir 100% aku dapat membentuk peribadi dan kepimpinan muslim dalam diri di kms ini adalah dalam As-Saff.


Apa As-Saff ni?


Secara konseptual dan mata kasar,As-Saff adalah sebuah persatuan. Namun jauh di satu sudut ia bukan sebuah persatuan yang biasa. Bukan seperti yang lain.

As-Saff adalah sebuah persatuan yg membina dan meneguhkan jati diri Islam seorang Muslim dengan pentarbiyahannya yg berbentuk usrah dan pengamalan bi'ah solehah di kolej matrikulasi selangor ini. Yang menjadikan kita merasa kehidupan di bumi kms ini bukan sahaja makan minum tidur labreport tutor,bukan sahaja orion lyra orion carina orion aquila, tetapi sarat dengan santapan iman dan rohani yg merupakan perkara nombor satu terpenting dalam hidup kita.

Persatuan Sahabat As-Sufi "As-Saff" membawa pelajar-pelajar membuka minda ke arah ketamadunan Islam yg berintelektual, tidak jumud, mencelikkan mata meneraju sains berteraskan al-Quran dan Sunnah. Dengan pimpinannya yg mantap berilmu pengetahuan. Dibimbing murabbi-murabbi yg hebat dan Alim. Menjadikan As-Saff begitu sempurna bagi aku untuk kita sertai.


Ingin sekali aku coretkan sedikit kisah As-Saff waktu aku dalam pimpinan dahulu. Sungguh kenangan2 itu takkan luput. mahu-mahunya lagi kenangan bersama sahabat-sahabat dalam As-Saff. lagilah takkan aku lupa!

Mungkin apa yang aku cerita ni tak adalah sesempoi saudara Daie Muda. Apa yg termampu ja aku cakarkan. ikut gaya aku.


Waktu awal-awal dulu. Semasa mppb 13/14 (orientasi batch achik). aku sangat mengagumi besarnya Surau as-sufi tu. Masa first time masuk rasa macam masuk Masjid Negeri pulak. Dia punya besar kira dah boleh panggil masjid lah. Masjid kat kampung aku pun tak adalah besar macam tu. Maka timbul lah persoalan dalam tempurung kepala kenapa ia tak dipanggil Masjid as-sufi tapi Surau as-sufi. lama juga lah soalan ni berlegar-legar dalam otak aku. Sampai satu hari aku dapat jawapan.

Sebenarnya tak ada masalah dan salah pun penggunaan Surau tu. 

Di luar negara sana,Arab Saudi,Mesir,Jordan dan lain-lain,mana ada namanya 'surau'. Dua-dua sama,tempat solat.
 Cuma perbezaan Surau dan Masjid terletak pada saiznya kebolehannya untuk dijadikan tempat untuk Solat Jumaat. 

Contohnya dalam sebuah kampung ada tiga kawasan iaitu,hulu,hilir,dan tengah. Setiap kawasan ada surau masing2 menjumlahkan tiga biji surau di kampung itu. Tetapi hanya ada satu buah masjid yg besar. Dan jemaah di kampung itu wajib menunaikan solat jumaat di masjid tersebut bukannya di surau-surau berkenaan.

Entah mana datang nama 'surau' tu pun aku tak tahu. Orang melayu je kut yg cipta dan guna sebab setahu aku dekat Indonesia pun tak ada istilah 'surau' ni. Paling-paling tidak diorang namakan tempat yg kecil untuk menunaikan solat sebagai 'Musollah' (tempat solat). 

Tapi dekat Surau as-sufi ni pun ada buat solat Jumaat. Saiznya pun boleh kalah Masjid Daerah Kuala Langat...

macam mana tu? 

Okai. bagi tidak memeningkan kepala lagi, kita anggaplahlah 'Surau as-Sufi' tu sebagai nama Masjid ni. haha

Panjang betul aku hurai pasal surau tu. Maaflah ya. tapi takpe kot. blog ni mana ada orang yg baca. tak femes macam Daie Muda punya blog. hehe


Kembali ke topik utama.

Backward  semasa aku mppb dulu.

Minggu mppb memang padat dan sesak lagi menyesakkan nafas aku yang bagai kelemasan. Memang tak tipu lah dia punya padat sampai waktu makan dan waktu mandi terpaksa diqada'kan ke waktu tengah malam. Rasa kusut,serabut,stress semua ada. paling-paling tidak waktu mppb batch aku dulu,pukul 12 baru habis aktiviti walaupun tentatif kata pukul 11 habis,setiap hari. Sebab tu aku pernah cakap kat pelajar-pelajar baru(batch 14/15) semasa aku menjadi fasilitaor mereka," Tak cukup makan,Tak cukup tidur,tak cukup mandi... perkara biasa mppb,..siapa yang mendahului masa, dialah yang beruntung," ada sesetengah daripada mereka yang merungut tentang perkara itu. masuk matrik hati kena kental dik! . Nak kental lagi masuk as-Saff.

Dalam serabut itu,sudah tentu ada ubatnya,ada penawar yang menyerikan ketenangan jiwa. itulah 

Surau-Sufi.




Maghrib.Langit sesak bertukar nyaman lazuardinya bila menjejak masuk ke surau. Ah. aura positif bagai meresap,menembus epidermis.

 Oleh sebab Canopus dulu selalu dilepaskan awal,dapatlah aku merasa duduk saf paling depan. belakang imam. aku hirup puas-puas aura ketenangan dalam surau dan terus bertafakur.Sungguh tenang. Allahu. Allah sahaja tahu bagaimana aku rasa. Sahabat-sahabat lain mungkin turut rasa sama.

Aku lihat waktu itu ada seorang fasilitator,senior batch alang, Ahsan Kamil namanya kalau tak silap. Orang Sabah. Keadaannya kakinya yang boleh aku katakan sedikit tempang tidak membolehkan dia berjalan normal seperti orang lain. aku pernah berborak dengannya di dalam bilik imam semasa aku mula-mula terlibat secara tidak rasmi sebagai ahli as-saff. Dia bagitahu dulu dia pernah juga berjalan seperti orang lain,tapi kemalangan telah membataskan. namun aku lihat dia cekal. Tabah dan betah. Dia tahu Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya. Dan yang paling aku kagumi ialah, dia langsung tidak mengenakan tongkat mahupun kerusi roda semasa berjalan! Berjalan seperti biasa namun terhencut-hencut. Itu tidak dia lihat sebagai satu penghalang untuk dia terus mapan berdiri. Allahu Allah. Aku sangat mengaguminya. 

Maghrib Menjelang. Jam elektronik penunjuk waktu solat berbunyi menandakan waktu telah masuk. azan sebagai syiar Islam perlu dilaungkan. Aku lihat mikrofon tersedia.

 Aku lihat abang Ahsan Kamil yang waktu itu bersila di sebelah aku bingkas dengan kemampuannya,meluru ke arah mikrofon di depan. terhencut-hencut juga dia berjalan. Dia akan melaungkan azan. Itu sangat menyentuh hati aku. walaupun muka aku macam tak ada perasaan tapi jauh di sudut hati aku sangat tersentuh! Dialah individu yang berperanan penting menusuk jarum inspirasi ke dalam roh aku untuk berkhidmat dengan surau as-sufi waktu itu. mungkin tak ramai yang tahu perkara ni. mmg sengaja aku rahsiakan. dan dah tiba saat aku ceritakan. Sayu suaranya namun lantang menyeru manusia kepada Allah. Waktu itu,tiba-tiba hati aku rasa berkobar-kobar teringin sangat melaungkan azan di situ. 


Masih mppb.

Ingat lagi aku waktu itu subuh. Aku awal lagi. Saf depan. Duduk di kiri aku, jiran bilik aku waktu itu, Emir Nuqman. Aku panggil dia Nuqman. Kawan-kawan lain panggil dia Emir dan aku pun dah terikut panggil dia Emir. Masa minggu mppb, Emir, dan aku lah yang selalu dapat duduk saf depan belakang imam. Emir orangnya tenang dan cool, air mukanya innocent. 

Oleh sebab berada dalam kelompok yang datang awal,di tambah pula dengan keberadaan aku di saf depan dan belakang imam, seorang senior tidak memilih jauh. Senior,Abang Ramzan (bekas pengerusi As-Saff batch Alang),aku lihat dia pegang mikrofon kecil wireless (aku tak tahu apa nama benda ni)di tangannya sambil memerhati aku dan sahabat-sahabat semua. setelah menilik muka-muka kami yang berada di saf depan, abang Ramzan menghulurkan mikrofon wireless itu kepada aku. aku dia bagi kepercayaan untuk ketuai alunan zikir waktu itu. aku sebenarnya gementar dan cuak juga masa tu. nak ketuai zikir di dalam dewan surau yang sebesar itu. Allah. Menggigil. Masa tu first time aku mengepalai alunan zikir sampailah masuk waktu subuh. 

Waktu Subuh Masuk dan abang Ramzan suruh aku azan. aku sahut arahan itu. aku anggap itu peluang. Sememangnya aku dah biasa melaungkan azan di surau taman aku tapi biasalah surau taman selalu mana ramai orang. Ini lain, depan ratusan orang! 

Aku mahu mencuba dalam terketar. aku bangun dan meluru ke arah stand dan holder mikrofon di depan. Kaki aku menggigil. tangan juga mungkin. Hati aku waktu itu Tuhan saja tahu. Saat pertama kali aku buka ronggaku dan..."Allahuakbar...Allahuakbar..~~,"...

bagaimana runtuh dan hilangnya perasaan tertekan dan stress. Rasa mual mppb yang kusut buat aku nak pitam semua hilang! tup! aku rasa begitu tenang ketika melaungkan azan. bagaikan ketenangan alam itu dengan aku bersatu. 


Allahuakbar.





bersambung....





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...